Kami menyediakan perkhidmatan katering di sekitar Kuala Terengganu utk semua majlis dan juga membekalkan pelbagai jenis makanan lain termasuk kek2 yg semestinya sedap2 semuanya. Kami juga menerima tempahan kek luar dari Terengganu. Semua orang boleh menikmatinya. Terkini, Shita Food And Catering juga mula mengajurkan kelas....Nantikan info2 terbaru berkaitan modul kelas.

Wednesday, January 18, 2012

Upah Masak Kambing di SFC


Untuk entri ni tak banyak gambar.. Tuan punya majlis
Hanna Yasmeen...untuk aqiqah puteri baru beliau
sebelum si hubby berangkat balik ke Qatar


kambing harusla dibawa kpd SFC dalam keadaan dah ready utk
dimasak (dah siap potong2)

juga 3biji kek lapis untuk majlis tersebut

tqvm to Ibu Azzahra :)


Nasi at DapurShita




Terima kasih buat yang menempah dari dapurshita..
CIMB Bank, Haji Jaafar & Din (KRA)

wassalam :)

Wednesday, January 11, 2012

Nasi Telor


Assalamualaikum...ini adalah Nasi Telor versi dari DapurShita.
ada customer nasi sfc yang bertanya...selama ini sfc ignore kan aje..
tp kali ni selepas bertanya @ google utk kenal rupa paras nasi telor ni
maka skrg terhasil la... :)
tetapi harus la kita tahu kadang2 penghasilan sesuatu makanan itu
adalah mengikut citarasa masing2
jom tgk skit bwh


ada telor hancur , hati & pedal ayam goreng kunyit.
kedua2 bahan ini digoreng berasingan lebih awal
..ada juga telor tu dibuat mcm roti jala :)
pd sapa2 yg rajin la ye


Saya menggunakan beras basmathi
gambar atas nasi yang baru siap, sebelum di gaul bersama telor hancur dan hati goreng


nasi telor ready


ayam masak merah sebagai lauk dan juga acar nenas
ada juga alternatif nya ayam tu dimasak kerutup


wassalam :)

Monday, January 9, 2012

Harga Baru Kek Lapis SFC

Assalamualaikum...maaf kiranya entri ini akan membuatkan dahi yang membaca sedikit berkerut...yeayy...harga kek lapis dah berubah.. Maaf kerana keputusan ini terpaksa juga saya laksanakan....harga brg sudah manyak kali naik maaa... tp harga kek lapis sfc tetap gitu.... wahai pembeli yang saya hormati...insyallah kualiti dan berat kek tetap sama...jom tgk :-

Senarai Harga Kek Lapis untuk sebiji - 7"x7"x3" (seberat 1.3kg hingga 1.5kg) dan juga setengah biji - 7"x3.5"x3" (seberat 650g hingga 750g)

boleh beli sebiji atau setengah biji...ikut suka anda semua :) sy layannnn..

1. Kek Lapis Asam Manis rm60 / rm33
2. Kek lapis Prune rm60 / rm33
3. Kek lapis Betawi rm60 / rm33
4. Kek Lapis Chocberry rm60 / rm33
5. Kek lapis RasaRia rm65 / rm35
6. Kek lapis Pesona Pandan rm70 / rm38
7. Kek lapis Cokelat rm60 / rm33
8. Kek lapis Aiskrim Vanila Choc rm65 / rm35
9. Kek lapis Pandan rm60 / rm33
10. Kek Lapis Evergreen rm65 / rm35
11. Kek Lapis Cadbury rm70 / rm38
12. Kek lapis Pandan Cadbury rm75 / rm40
13. Kek Lapis Vanilla rm60 / rm33
14. kek Lapis Choc Chips rm60 / rm33
15. kek lapis Mixed Fruits rm60 / rm33
16. Kek lapis Mixed Berries rm65 / rm35
17. Kek Lapis Cranberry rm65 / rm35
18. Kek lapis Blueberry rm65 / rm35
19. Kek lapis Strawberry rm65 / rm35 upgrade recipe
20. Kek Lapis GreenBerry rm65 / rm35
21. Kek lapis Kandos Cheese rm80 / rm43

Senarai Harga kek Lapis Hantaran

1. Bagi Kek empatsegi 7"x7", cara pengiraan harga
harga kek lapis + rm20 utk bunga & hiasan tepi (edging)
cth : rm60 + rm20 = rm80

2. Bagi kek lapis bulat 10inci - setingkat siap bunga = RM110

3. Bagi kek lapis bulat 10inci 2tingkat siap bunga = RM140

4. Bagi kek lapis bulat 10inci 3 tingkat siap bunga = rm170

Sebarang pertanyaan boleh terus sms/call saya
Shita 019-9934353 / 016-9602512

wassalam

Perubahan Harga Kek Lapis SFC

Bermula 1.1.2012 harga kek lapis di Shita Food And Catering telah pun berubah....sedikit masa lagi saya akan kemaskini di sini. Ada yang masih kekal dengan harga lama sementara yang lain berubah.

tq

Pengumuman utk Kelas Pizza

kelas pizza pada 24hb januari 2012, jam 930am masih ada kekosongan.
jika berminat sila hubungi saya, Shita di 019-9934353

wassalam

Saturday, January 7, 2012

Roti Pizza sfc

pizza dah siap topping...rehat sekejap bagi base naik sikit then bakar

siap!
tqvm KPAT

Nasi Minyak


Tajuk aje nasi minyak, tp hanya gambar ayam merah aje wujud :)..
1. 24/12 Mastura (taman seri bayu) n minyak 60 org
2. 24/12 Sy aluiah ( taman purnama k ibai ) n minyak 100 org
3. 25/12 hjh hindun pengadang baru 70 org
4. 28/12 hj zakaria pengadang baru 120 org

tqvm

Kek Lapis


Order dari kedai roti abdullah , bt buruk
kek lapis asam manis & kek lapis chocolate chips


order dari hajah hindun, pengadang baru
kek lapis asam manis & kek lapis prune


kek lapis rasa ria
2biji - order dari kak sharipah & sham

kek lapis asam manis & kek lapis prune
order dari tajudin

tq :)

Thursday, January 5, 2012

Perubahan Pada Harga Kelas Perseorangan

Ada sedikit perubahan pada harga kelas di SFC, bagi kelas perseorangan shj...dan tidak melibatkan semua kelas yang ada sekarang, kelas yang terlibat adalah..

1. Kelas kek lapis rm250
tambahan sebanyak rm50 bagi kelas perseorangan, dan KEKAL rm250
bagi 2 pelajar dan keatas

2. Kelas cheesetart rm50
tambahan rm20 bagi kelas perseorangan, dan KEKAL rm50 bagi
2 pelajar dan keatas

3. Kelas Pizza rm70
tambahan rm20 bagi kelas perseorangan, dan KEKAL rm70 bagi
2 pelajar dan keatas

4. Kelas Roti rm150
tambahan rm30 bagi kelas perseorangan, dan KEKAL rm150 bagi
2pelajar dan keatas

Kelas TIRAMISU, BROWNIES & NASI BERIANI masih kekal utk perseorangan dan kumpulan.

diharapkan anda dapat menerima perubahan ini. terima kasih



Selamat Tahun Baru 2012 - versi ucapan lapuk sudah...

Assalamualaikum...ye tauu... dah masuk 5 hari tahun baru, baru nak ucap.. :) saya doakan semoga semua pembaca blog DapurShita ini beroleh kebaikan ..amin..