Kami menyediakan perkhidmatan katering di sekitar Kuala Terengganu utk semua majlis dan juga membekalkan pelbagai jenis makanan lain termasuk kek2 yg semestinya sedap2 semuanya. Kami juga menerima tempahan kek luar dari Terengganu. Semua orang boleh menikmatinya. Terkini, Shita Food And Catering juga mula mengajurkan kelas....Nantikan info2 terbaru berkaitan modul kelas.

Showing posts with label tempahan kenduri kahwin. Show all posts
Showing posts with label tempahan kenduri kahwin. Show all posts

Wednesday, March 23, 2011

Tempahan Nasi2 SFC Cuti Sekolah Mac 2011


Assalamualaikum..ini adalah sebahagian dari gambar2 order baru2 ni..
ada antara nya mmg tak tersusun turutan nya..
Alhamdulillah..terima kasih Ya Allah kerana limpahan rezeki utk SFC.
gambar atas : Gelas sewaan sfc... spt biasa lps ambik balik dari setiap kenduri
confirm ada yg hilang@pecah...
dan spt biasa juga penyewa bertanggungjawab atas kehilangan@kerosakan.
sfc akan mengenakan sedikit caj.


biasanya sehari sblm kenduri sfc akan menghantar dulu peralatan sewaan


bekas2 sewaan biasanya yg diperlukan utk satu2 majlis :
buffet tray
pinggan
gelas
tong sirap berkaki
tong basuh tangan berkaki
senduk



ayam goreng berempah utk nasi beriani


ayam masak merah utk nasi minyak


proses menumis utk nasi minyak..aroma daun pandan n bawang..bau nya whoaaa..


beras yg siap dicuci...tos dulu..


nasi minyak dah masak.


nasi yg dah masak ..kena transfer masuk periuk lain utk deliver pd customer..
baru nampak bersih sampai pd tangan customer


Gulai daging utk nasi minyak
satu periuk ni accomodate 60kg daging


dua periuk ini dalam 90kg lebih daging semuanya...atas tadi periuk lain ye..


transfering..
panas ni


acar rojak sfc
utk trip pertama penghantaran nasi bagi majlis kahwin, sfc akan tuang siap2
sos acar ni...



trip seterusnya sfc akan bekal kan sos acar dlm botol aje
tuang sendiri neh


ikan kering utk extra jika majlis kahwin tu perlukan sedikit nasi putih
biasanya sfc akan basuh n jemur dulu ikan2 kering yg dibeli
less salt


harus ada
sambal belacan


nasi putih ...tunggu


siap masak


kacang panjang goreng campur hati & pedal ayam
gambar gelap...kurang cahaya.


sayur labu.
mesti ada kalu nasi putih ada



view di ruang masak sfc


skrg semua guna gas...senang..kawasan pun bersih sikit..


ayam masak merah


daging merah utk beriani


nasi beriani

dalca.

itu la sebahagian dari gambar2 tempahan...terima kasih banyak2 buat yg berurusan dgn kami :-

1. 19/3/11 - Cikgu afandi - nasi minyak 800 org

2. 19/3/11 - Amir - nasi minyak 120 org

3. 18/3/11 - Zainab - nasi beriani 80 org

4. 18/3/11 - Noraini - nasi putih 120 org

5. 15/3/11 - Lia (MBKT) - nasi minyak 30 org

6. 11/3/11 - Zainun (Bt Buruk) - nasi minyak 600 org

7. 10/3/11 - CIMB bank - nasi beriani 40 org

8. 10/3/11 - Syarikat Air Trg (satu) - nasi beriani 80 org

terima kasih banyak2.




Saturday, August 1, 2009

Nasi

salam semua..ini pun masih rentetan dr previous entry..kes malas nak upload pic2.. nanti korang bosan asik gambo nasi aje ye...tp nak buek camno..dah keje ye dak.. terima kasih banyak2 untuk yang berurusan dengan SFC..semua adalah customer lama @ repeat order..alhamdulillah...syukur atas rezeki dr Allah..

1. Hj Wan Nik dr kg Durian Burung - tempahan kahwin sebanyak 25 gantang @750 org (nasi minyak + nasi putih + extra Dalca ) beserta dengan peralatan2 (buffet, pinggan dll)

2. Noreha dr batu burok - majlis tunang ( nasi beriani 2 gantang @ 80 org) berserta sebiji chocolate cheesecake

3. Pok Yatim dr panji alam - majlis tunang ( nasi minyak 2 gantang @ 70 org ) beserta sebiji kek coklat lembap 1.5kg

semua tempahan dalam waktu yang sama, hari yang sama..iaitu harini ler 1hb ogos.. terima kasih semua...insyallah ada rezeki kita kembali berurusan...

Saturday, June 27, 2009

Nasi

Terima kasih banyak2 kepada yang menempah nasi2 kami dalam 2,3 hari ni...maaf sbb banyak hari saya tak dapat update entry2 ni..so saya rangkum je la ye..

tempahan nasi beriani (tahlil) 25/06 - dari Tajudin sebanyak 3 gantang (120 org) untuk majlis tahlil di Kg Bukit..

tempahan nasi beriani 25/06 - dari Wanie di Telaga Mengkudu setengah gantang untuk makan2 famili..

tempahan nasi minyak (majlis sambut menantu) 26/06 - dari Hairolnizam di Medan Jaya sebanyak 20 gantang (700 org)..hairul hanya menempah nasi tanpa peralatan..

tempahan nasi bukhari (tahlil) 26/06 - Kak Norli sebanyak 3 gantang (120 org )

Sunday, June 14, 2009

TQ..

Alhamdulillah..syukur pd Allah atas rezeki yg dikurniakan..okay disini SFC ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada pelanggan2 yg menempah dari kami..tak kira la yg baru pertama kali berurusan dan juga yg regular..harini tamat la keje2 penyedian makanan untuk majlis2 di sepanjang cuti sekolah ni...pasni nak rehat laa 3,4 hari.. kena betulkan urat2 saraf aku ni..

Tempahan untuk majlis perkahwinan (sambut menantu) pd 8hb Jun - Ayahku Din beralamat di Taman Dato Wan Salleh, Jalan Pusara..menempah nasi minyak sebanyak 12 gantang (420 org @ RM230 segantang) beserta lauk extra untuk seramai 70 org (rm300) dan extra lagi pulak dlm pukul 230..untuk majlis ni Ayahku pun menyewa peralatan2 menghidang lauk pauk spt buffet set, pinggan gelas dan sebagai nya...sila refer sidebar sebelah ye untuk tengok charge penyewaan alat2 tersebut (maleh lerr pulak nak tulis banyak2 sini..)..

Tempahan nasi minyak pd 10hb Jun - saya tak tahu/lupa bertanya nama encik yg menempah ni sbb org tengah yang order..menempah sebanyak 2 gantang stgh (85 org)..bukan untuk majlis apa2...katanya hanya nak meraikan kawan2 anak2 aje..

Tempahan untuk majlis perkahwinan pd 11hb Jun - Pn Maziah beralamat di kg atas tol....menempah sebanyak 25 gantang (875 org @ rm220 se gantang tanpa sirap n buah) juga extra lauk sebanyak rm300 (60 org)..

- Cikgu Dah menempah 1 gantang (35 org)..katanya nasi tu untuk dibawa terus ke Kota Bharu, Kelantan..request dari mak dia...kalau tak silap ni kali ketiga dah nasi ni dibawa oleh Cikgu kita ni kesana..

- Kak Ida di gong kapas pun menempah sikit untuk makan2 kat rumah...dlm 15 org mkn gitu..buat pengetahuan semua, SFC hanya menerima tempahan nasi2 dengan minimum order untuk 30 org..untuk single order la ye...tapi untuk mcm harini kebetulan memang dah buat, SFC layan kan aje sapa2 nak slot in untuk makan sikit2 tu..

Tempahan untuk majlis perkahwinan (sambut menantu) pd 12hb Jun - Lia di kg laut.. menempah sebanyak 18 gantang @rm220 segantang (600 org tanpa sirap n buah)..

Tempahan untuk majlis perkahwinan (sambut menantu) pd 13hb Jun - Noreha di batu buruk... menempah sebanyak 8 gantang @rm 230 se gtg dengan extra lauk untuk seramai 60 org...juga menyewa peralatan2 menghidang..

-Hjh Maimun menempah on behalf untuk abang beliau di kuala ibai...nasi minyak ditempah untuk seramai 300 org makan @ 9 gantang @ rm 235..tanpa peralatan menghidang..

Tempahan nasi minyak pd 14hb Jun - sorry tak sempat bertanya nama tuan yang menempah ni..ex staff Socso kuala terengganu...untuk makan2 keluarga ..order seramai 30 org makan..

Okay..SFC sekali lagi mengucapkan terima kasih banyak2 atas tempahan di atas...semoga kita dapat berurusan lagi pada masa akan datang Insyallah..
.

Sunday, June 7, 2009

Katering Perkahwinan

untuk tempahan yg memerlukan sirap..air gula perlu dimasak dlm jangkamasa yang agak lama bagi mengelakkan sirap cepat menjadi masam..

bila air gula tadi dah masak sejuk kan sehari semalam...barula boleh diletak perisa ros (merah) dan simpan..untuk gambar diatas periuk ukuran 60cm..dan gula sebanyak 55kg..itu pun belum mencukupi untuk keperluan order sepanjang 2minggu cuti sekolah ni..perlu membuatnya lagi

sehari sebelum kenduri...peralatan yg disewa perlu dihantar terlebih dahulu.. balang sirap dihadapan..untuk seramai 1500 jemputan

ini pulak kuah acar rojak..pun SFC sediakan dalam kuantiti yg banyak.. timun, sengkuang dan nenas dipotong..siram aje ngan kuah ni n tabur kacang tanah (kisar kasar)..itu la acar SFC untuk nasi minyak, beriani, bukhari, tomato dll..

lagi peralatan2...



gambar di atas adalah sebahagian drpd trip2 nasi yg dihantar masa kenduri berlangsung...Okay SFC ingin mengucapkan berbanyak terima kasih bagi yang menempah nasi dan jugak kek2 sepanjang minggu pertama cuti sekolah ni..
tempahan katering perkahwinan 4hb Jun - Encik Yahya Said & Pn Latifah Othman beralamat di kg mak kemas, bukit payung..tempahan nasi minyak untuk tetamu seramai 1500 orang..nasi ditempah sebanyak 45 gantang @rm230 per gantang beserta dengan menyewa peralatan lain seperti bekas buffet 10 set..pingan 300bj..gelas 300bj..bekas bancuh air n cuci tangan 4bj..dan juga senduk2 14bj.. terima kasih byk2..semoga silaturahim berpanjangan..

tempahan katering perkahwinan 6hb Jun - Mok wok n pok awang di jalan ibrahim, bukit besar..tempahan nasi minyak dan sedikit nasi putih sebanyak 27 gantang.. juga menyewa peralatan2 seperti diatas..untuk tetamu seramai 800 org.. terima kasih byk2..

tempahan katering perkahwinan 6hb Jun - Ah Seng (tokey kedai tayar ) di kg durian burung..beliau dah jadi regular customer kami sejak 10 tahun yang lalu..tempahan sebanyak 3 gantang (lauk daging semua di tukar kepada ayam) dengan extra ayam sebanyak 10 ekor..ni hanyala untuk 100 tetamu @ staff @ kenalan melayu shj..sbb majlis yg besar diadakan di dewan cina pada kebiasaannya..

juga terima kasih untuk yg menempah kek2 sepanjang minggu pertama cuti sekolah ni..gambar2 kat bwh..

kak kasmani (penggubah hantaran kahwin)..untuk customer beliau..kek lapis pandan cadbury (rm75), kek lapis aiskrim vanila cokelat (rm60), kek lapis prune (rm55) dan kek lapis strawberry (rm55)

kek lapis chocberry (rm55)

Moist chocolate cake 1.5kg rm50...deco n wording rm15

chocolate cheesecake 1.5kg rm50..deco n wordings rm15

mini muffin - kukus...150biji untuk Lina..kak noreha 50biji

muffin cokelat kukus - saiz L rm1 ditempah sebanyak 500biji

Alhamdulillah ni adalah antara tempahan sepanjang minggu ni..SFC membz untuk sepanjang minggu kedua cuti sekolah pula...

Monday, March 9, 2009

Saturday 07, March 2009 - Tempahan Kenduri Kahwin


Periuk paling besar dalam senarai peralatan memasak SFC. Satu periuk ni kalau nasi boleh dimakan seramai 500org sekali tanak. Tak caya??..sbb tu la sy snap pic ni, pasal ada kwn tak caya...jgn tanya ukuran diameter menda alah ni..sbb dah hilang kes disental time cuci ler..


SFC hanya mempunyai 2biji periuk saiz ni setakat harini...satu nasi...satu untuk gulai..sebelum keje2 dimulakan..body periuk mesti disapu bedak??..bukan eh..sapu dgn sabun debu..untuk menyenangkan sesi menyental karang..


extra lauk yg diminta oleh tuan rumah...Dalca untuk 2500rg


Ayam masak merah..+- 65ekor (dipotong 18)


gulai @ kuzi daging SFC - 96kg daging tempatan


sesi mencedok..dah masak transfer dlm periuk lain untuk deliver..


nasi pun dah ready


okay..tgh pindahkan nasi masuk periuk baru..hanya yg berpengalaman shj dibenarkan menyertai aktiviti mencedok ni heheh..


pause!!....tgk wap tu....


gulai dah ready masuk van..ni untuk trip pertama..


Awek2 cun dibelakang tabir...take a break..sambil2 minum kejap tu..topik apa harini???....well biasa laaahhh...gossip ler tu..


Pisang Lemak Manis...juga termasuk dalam senarai menu SFC..supplier tetap kami Pok Awi...kredit utk pok awi!!!!!!...sbb pisang2 yg dia bekalkan selalu mendapat pujian dr tetamu......caya laa..phheewiitt!!...


trip pertama dah ready untuk berlepas....


team delivery dah ready untuk bertugas...apa2 hal..posing dulu laaa...uniform pon dah dipakai...cuba perhati betul2 lencai dua org ni...ada sama muka??...ada? takde??.. yg pasti mereka berdua memang adik beradik hehehhe...weyyy abg2 aku la tuuu.. buat part time job...apa2 pon tq byk2 untuk never ending support..


ada lagi????.......ni sesi memperagakan uniform SFC...hmmmmmmmmmm.... dgr2 nya...depa demand supaya jeans pon SFC supply jugak!!!...ngeri pikir...bukan takat jeans...kasut pon depa mintakkk oooooo......kena check bajet dulu...heheh


trip pertama dah berlepas....2nd round nasi pon bermula laa...again.. hanya yg berpengalaman boleh handle nasi ni...


cooking process...


trip kedua n terakhir...ready...


transport @ SFC