Kami menyediakan perkhidmatan katering di sekitar Kuala Terengganu utk semua majlis dan juga membekalkan pelbagai jenis makanan lain termasuk kek2 yg semestinya sedap2 semuanya. Kami juga menerima tempahan kek luar dari Terengganu. Semua orang boleh menikmatinya. Terkini, Shita Food And Catering juga mula mengajurkan kelas....Nantikan info2 terbaru berkaitan modul kelas.

Thursday, December 30, 2010

Al-Fatihah - ayah selamat kembali menemui Ilahi

Assalamualaikum
Pagi tadi saya telah kehilangan ayah tersayang....perginya dalam keadaan yang sangat menyenangkan....subuh tadi seperti biasa ayah menjadi imam disurau...selesai solat..dia mengaji..
sampai je di rumah..dia minta susu...dan minta diurut..itu aje...dia meninggal di dalam dakapan saya...subhanallah....semoga ayah ditempatkan bersama2 dengan org yg Allah kasih..amin2

SheetaFC

Wednesday, December 29, 2010

Hajj 2010 - Part 2


Ziarah Luar
Permandangan di bandar makkah.. bukit2 batu disepanjang jalan
merupakan permandangan yang biasa
apa yang saya dibagitau...denda bagi tuan punya kenderaan yang melanggar pokok di kiri kanan jalan ini ialah SAR3,000.00 (no compromised)
depa susah payah tanam ooo dgn cuaca panas terik, hang jgn senang2 langgaq no..



Jabbal Rahmah


ayah, mak & sheetafc


Bandar Makkah - deretan kedai2


Bin Dawwod...merata riti nama ni ada..
saya agak la..kalu kat tempat kita Mydin kot



Kacang Arab - budak2 Nigeria or Sudan yg jual
SAR1 jer...mcm kacang tanah kita tp besor skit..masin..


Hotel Marwa Al Naga
masa tgh lepak dekat lobby..tgk bdk catering tgh tolak troli..
dlm kotak2 tu sebenarnya roti potong :) .. 24hrs disediakan
TQ/shukran to Al-Ahmadi Catering for preparing good food to us


Al Gazzah Market
sheetafc mencari pisang :) disini hanya ada pisang montel je
kalu tempat kita mcm2 jenis pisang ye dok?...
dari pasar ni jelas kelihatan Masjidil Haram


Solat....dimana2 sahaja di dalam masjidil haram..
..sempat jugak di muka pintu lif :)


Menara Jam Kebanggaan Penduduk Makkah

more pics coming, insyallah

Tuesday, December 28, 2010

Hajj 2010 - Part 1


Salam december :) .... selepas melepak seketika, sendiri pun dah rasa naik lemak!
itu la digagahi jugak melawan gejala malas ni hihi..
ada sedikit gambar2 kenangan yang nak dikongsikan bersama pembaca blog SFC..
(gambar atas)
semasa di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, tunggu masa check in
dari kiri:
kak gee (pembantu SFC), hafiz (nephew), ayah, mak, kakak, sheetaFC n Poksu Man


gambar di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abd Aziz, Jeddah
tak menyempat di ambik..sibuk dgn imigresen n beg2
sedikit info : Jeddah Aiport ni ada 5 Terminal sebenarnya
Terminal Haji (berfungsi musim haji shj )
Terminal Domestik
Terminal Antarabangsa (kalau dtg umrah, kita akan masuk melalui terminal ini)
Terminal VIP
Terminal Raja n kerabat
hebat kan Arab Saudi :)
gambar atas tu semasa dlm bas dari aiport jeddah menuju Makkah..abt 2hrs
slow moving


At Pilgrims Guidance Centre
1st check point..bas yg membawa jemaah semua negara harus masuk ke sini
dlm 10minit aje urusan..jemaah dibekalkan dgn air zamzam sebotol sorg


Chicken Mandy
dibekal kan lunch dlm bas...disediakan oleh pihak pakej
nasi nya memang cantik..but tasteless hahaha..
lapar punya hal...mkn jerr..


Old Structure
view from 5th floor


Selepas solat isyak.. diluar Masjidil Haram..
para jemaah mula keluar dari masjid menuju hotel masing2...
maaf gambar kurang memuaskan...masa ni kepala saya masing ting tong
yoler letih perjalanan...tp semangat harus kuat..dlm mencari fadhilat
berjemaah di masjidil haram (100,000 kali ganda..subhanallah)



Rumah2 di atas bukit sana hanya menunggu masa utk dirobohkan
kerja2 pembesaran kawasan masjidil haram masih berjalan


take 5!!!


Mungkin setahun dua lagi tak akan ada lg permandangan seperti ini


Masjidil Haram from Marwa Area
nampak tak sebelah kanan tu kren2...24hrs buat keje

After isya pray

more pics coming, insyallah

Friday, December 17, 2010

Salam Kembali :)

Assalamualaikum semua :)
Alhamdulillah akhirnya dapat kembali menulis disini.. saya selamat sampai ke kuala terengganu pd khamis dlm pukul 4.30ptg.. lepas seminggu baru la berpeluang ber'online' di sini...biasa la kesihatan kurang baik skit..sekarang pun batuk masih belum hilang sejak di Makkah..

Saya ingin memohon maaf kerana terpaksa bertukar nombor hp sekembali dr tanah suci disebabkan perkara yang tak dapat dielakkan...maaf sbb anda terpaksa mengemaskini no baru ini yang telah pun aktif sekarang...

019-993 4353

Apa2 urusan SFC selepas ini melalui no baru ini.. insyallah...no 016- 9602512 tetap sama dan tidak berubah.
insyallah entri akan datang saya akan kongsikan serba sedikit pengalaman perjalanan ke tanah suci..buat masa skrg, order nasi dan kek masih ditutup..nak bagi sihat skit baru boleh mula kerja :)

wasalam
SheetaFC