Kami menyediakan perkhidmatan katering di sekitar Kuala Terengganu utk semua majlis dan juga membekalkan pelbagai jenis makanan lain termasuk kek2 yg semestinya sedap2 semuanya. Kami juga menerima tempahan kek luar dari Terengganu. Semua orang boleh menikmatinya. Terkini, Shita Food And Catering juga mula mengajurkan kelas....Nantikan info2 terbaru berkaitan modul kelas.

Sunday, March 1, 2009

Dua Hari di Kemaman

Sepanjang 2 hari di Kemaman (rmh kakak aku laa..the only kakak kandung yg aku ada dlm dunia ni...) aiseyy..dlm byk2 gambo...boleh lupa la nak snap gambo dia sekeping...sori ehh maklang!!! hehehe...ok skrg nak share je few pic sepanjang 2 hari kat sana...wokeyy...atas tu pic Roti Jala...semua dibuat sendiri oleh my sis ni..tapi...roti jala ni ada sikit kelainan...biasa kita mkn cicah kari or kuah manis (serawa) tapi....kali ni ada sikit new innovation hehehhe..roti jala cicah kelapa parut (yg di gaul dgn gula n garam secukup rasa) n ikan goreng!!!...pelik tapi sedap...korang try laaa.....

Bila dah berkumpul ramai2 sekali sekala ........apa lagi kalau bukan aktiviti yg hanya menambah kan kilosss body ku heheheh...minum petang kat belakang rumah...

Budu time!!!!! lauk lunch kami yang simple yet menyelerakannnnn....singgang ikan (yg lupa di ambik gambonya) ikan goreng , budu n ulam2...cili padi tengah2 tu bukan beli ooooo....petik belakang rumah jerr...pedas ditahap gaban! budu pulak ada 2 jenis...lain2 pembuatnya...apa2 pon tetap kami belasah je makan...
Tiny Banana!!!!......ni la rupanya Pisang Emas...bukan sesikat ni ye...ni ialah setandan!!!...sampai aku naik malu nak bgtau berapa biji dlm setandan ni..korang kire sendiri laaaaa....masa sampai kemaman khamis tu pisang ni hijau lg atas meja..time nak balik sabtu tu...dah boleh mkn...ni pon diambik kat pokok belakang rumah je..

4 comments:

  1. shita ,selama aku 33tahun ni,baru la ni aku dgr orang makan roti jala cicah ngan kelapa dan ikan goreng?sedap ker??issh ko ni...biar betul??

    ReplyDelete
  2. aku dapat bayangkan pokok tu mesti hidup segan mati tak mau...nasib boleh bagi hasil...

    ReplyDelete
  3. ye rosss...sedap..ko mesti terai..kalu tak sedap aku rela dibelasahhhhh....hehehehhe...

    takkk...pokok tu hidup dengan bangga nya kau tau.. takde segan silu deeeee......

    ReplyDelete
  4. SALAM , I NAK TANYA KALAU UNTUK BIRTHDAY PARTY HOW? MAYBE TARIKHNYA AKAN DIAADAKAN PADA 30HB MALAM ... KALAU MISS SHITA ADA PAKEJ YANG BERPAPTUTAN KINDLY REPLY ME BACK ASAP... TQ MISS SHITA

    ReplyDelete