Kami menyediakan perkhidmatan katering di sekitar Kuala Terengganu utk semua majlis dan juga membekalkan pelbagai jenis makanan lain termasuk kek2 yg semestinya sedap2 semuanya. Kami juga menerima tempahan kek luar dari Terengganu. Semua orang boleh menikmatinya. Terkini, Shita Food And Catering juga mula mengajurkan kelas....Nantikan info2 terbaru berkaitan modul kelas.

Saturday, June 27, 2009

Kurma Beriani Kambing

Ini ialah masak Kurma Beriani Kambing..untuk pengetahuan semua pengunjung blog SFC...kami juga menerima upah untuk memasak daging kambing..hanya bawa daging kambing yang dah siap di potong dan kami akan memasak mengikut masakan yang anda kehendaki.. macam yang gambar di atas..saya lupa untuk snap dlm periuk besar.. Ustaz Din request untuk masak kurma...kambing 2 ekor yang dah siap di potong..pukul 9am daging sampai pada kami dan 12pm siap masak..alhamdulillah selamat semua...tq ust!.

Cakes!!

moist choc cake (700g) untuk Wanie di telaga mengkudu..

moist choc cake (700g) buat ita..

mini choc muffin kukus 150biji buat Fiza di Telekom Sales

kek lapis vanila aiskrim coklat - untuk wan hakimah di pej akauntan negeri.. separuh aje dia order..

carrot cake 1.2kg - rm40.. cream cheese topping (wan hakimah)

choclate cheesecake rm50 - 1.5kg

roll lapis rm10 satu- min order 3rolls
diminta oleh jiran SIL di losong

kek lapis chocberry rm55 - 1.2kg diminta oleh Kak Mah di Marang

Terima kasih banyak2 kepada yang menempah produk2 bakeri SFC, di harap semua berpuas hati dan moga2 urusan kita berterusan, amin..sebarang komen amat di alu2 kan..tq.

Nasi

Terima kasih banyak2 kepada yang menempah nasi2 kami dalam 2,3 hari ni...maaf sbb banyak hari saya tak dapat update entry2 ni..so saya rangkum je la ye..

tempahan nasi beriani (tahlil) 25/06 - dari Tajudin sebanyak 3 gantang (120 org) untuk majlis tahlil di Kg Bukit..

tempahan nasi beriani 25/06 - dari Wanie di Telaga Mengkudu setengah gantang untuk makan2 famili..

tempahan nasi minyak (majlis sambut menantu) 26/06 - dari Hairolnizam di Medan Jaya sebanyak 20 gantang (700 org)..hairul hanya menempah nasi tanpa peralatan..

tempahan nasi bukhari (tahlil) 26/06 - Kak Norli sebanyak 3 gantang (120 org )

Sunday, June 21, 2009

Tag dari Aishah @ Jepun

Salam semua...harini baru berpeluang untuk menjawab Tag dari Aishah yg duk nun jauh kat Jepun sana...soli aaaa...peramm dulu baru bleh jawab aishah weyyy...ok nak start ler nie....

NAMA - NAMA TIMANGAN ANDA

hmm..part nama ni kalu nak ikut kan dari zaman kecik banyak weyyy..nama timangan la..nama gelaran la..nama mengutuk la seme ada..masa zaman duk asrama di johor dulu pun terbit jugak nama gelaran yang baru...the beatles... hehehe..pasai depa duk ngata rambut aku ni ala2 60's (kes dengki!!!)..sekarang ni anak2 buah panggil aku ciksu...yoler dah sbb nya aku ni anak bongsu.kwn2 majoriti nya panggil aku shita.tapi masa sekolah menengah dulu ada yg panggil aku general yamashita.(alaa matapelajaran sejarah dulu..tak ingat ehh??...kan zaman jepun jajah tanah malaya dulu2 kann)..tapi yang pasti nya aku cukup2 pantang org panggil aku mas..aku rasa cam tak sesuaiii benor laaaa ngan jiwa raga aku nama tu..tapi alhamdulillah takat ni tadak org panggil aku mcm tu sbb nya awai2 lagi aku dah perbetulkan hehehhe..pada sapa2 yang melawat blog aku ni dan nak tinggalkan apa2 msg kat chatbox tu diharap jangan la menaip nama shita sbb kan nanti akan keluar bintang2 @ star2 dalam box tu...itu menandakan nama tu prohibited!!heheh..( korang paham2 sendiri la bahasa omputeh ni yee)..sbb tu la munculnya nama baru aku kat blog ni sheeta..bagi nak memeriahkan lagi aku tambahkan skit kat belakang tu jadi sheetaFC (maknanya sheeta food and catering a.k.a sheeta fan club hehe). .

ANDA SEORANG YANG :

mcm yang aishah cakap la..kadang kena tanya org jugak kan sbb kadang2 org yg menilai kita.. tapi aku ni sebenarnya jenis yang low profile ..heheh..tak suka nak kecoh n protes tak pasai2...very determined dan suka berdikari..byk lg weyy..


INSAN TERISTIMEWA?? DESCRIBE APA YANG MEMBUATKAN DIA ISTIMEWA DI MATA ANDA

takat ni insan yang paling istimewa mak ayah laaa..no doubt..sbb tak boleh nak describe mcm mana istimewanya 2 insan ni dengan kata kata...

LAGU LAGU KESUKAAN ANDA

Part ni aku suka gak nak jawab..aku suka lagu2 lama...tapi tak bermakna aku tak suka lagu2 baru skrg ni..rafeah buang..j mizan ..tu contoh la heheh.. nasyid pon aku layan jugak..my all time fav ialah Al mizan dan Aljawaher..sapa2 yang jenis sejiwa dengan aku...meh layan kat youtube.com dan taip nama2 yg aku sebut tadi... confirm akan suka heheh.. bg yg tak sejiwa ngan aku...toksah buat la ..lagu2 skrg pun dgr la jugak..taylor swift..david archuleta..etc..layaaannnnzzz

MAKANAN KESUKAAN ANDA??

Aku ni jenis tak cerewet sgt bab2 makan ni cuma nya sekarang ni aku dah mula elak kan processed food...

WARNA KESUKAAN ANDA??

merah n hijau (kaler fav) sampai kan dalam bilik pon aku kaler ngan warna2 ni sampai kan byk la sakit mata2 yang memandang heheheh...blog aku pon ada 2 kaler ni..logo SFC pon consist 2 kaler ni...mabuk betul...lepas 2 kaler ni aku suka beige..n any subtle color...n earthly color..

SIKAP YANG MEMBUATKAN ANDA STRESS

Aku tak suka sgt org yang banyak cakap n cakap besar...lain2 perangai tu boleh tolerate la kan...kita kan human aje...mana perfect oooo..

TIGA BENDA YANG MESTI ADA DLM BEG ANDA

1.hp
2. beg duit
3.cermin

KALI TERAKHIR ANDA MENANGIS DAN KENAPA??

fuhhyoooo...power soalannn ni...hmmm kali terakhir nangis n kira heavy rainy tahun 2007....kenapa??...weyyy nak tau gak kerr??...heheh..nantila kalu panjang umur aku dah jadi warga emas esok2 aku terbitkan cerpen pasal pa eh..

TAG 6 RAKAN ANDA

So pada sapa2 yang namanya tertera kat bawah ni sila peram n jawab ye..ala bukan ada per2 pon...hanya nak mengeratkan silaturahim ajerr...

1.cun09
2.rossysweety
3.faradeen
4.jue DCL
5.dnanies (exercise dlm pantang ye nanie hehe..)
6.rezekimusafir


Nasi Minyak.

nasi minyak

gulai daging

ayam yg baru digaul kunyit

dah siap goreng

ayam yg dah siap di siram dgn kuah..ayam masak merah

acar yg belum di solek dgn kacang n kuah

sambal belacan yang wajib ada dlm pakej nasi minyak

oval plate

puding trifle.. rm35

okay harini nasi minyak di tempah oleh Telekom sales n service sdn bhd..Thanks Fiza.. untuk makan dlm 30 org saje...beserta puding trifle..

juga tkasih buat en hashim, menempah untuk 60 org semalam...dtg ambik pagi2 lagi kul 6am untuk majlis selepas solat subuh..

Friday, June 19, 2009

TQ

boston cheesecake RM40 - check out the volcano effect on surface heheh..

moist choc cake RM25 each - only 700gm..

original brownies RM12 each - min order 2 packs (single order) walnuts n top with ground peanuts

kek lapis chocberry RM55 - sorry eh, camera trick!!...blur

walnut brownies - single pack RM3

walnut brownies - another pose

Terima kasih buat Cikgu Fatimah Chik dari Sek Keb Bukit Gasing , Marang dan Kak Kasmani on behalf kawan2 beliau di pejabat Akauntan Negeri..semoga kita dpt berurusan lagi..insyallah

Thursday, June 18, 2009

Steam Mini Choc Muffin


cup hitam habis!!...pose nge cup kaler kuning..lebih besar size nye dr hitam

muffin mini kukus ni kak noreha di batu buruk tempah 100biji untuk anak2 dia..tq n hv fun..

Sunday, June 14, 2009

Edible Image

moist choc cake - simple deco...princess..

Kalau nak tahu ni ialah pertama kali dalam hidup menyentuh edible image ni..rupanya tak susah sangat la apply menda ni kat kek..ni untuk eksperimen..dan dalam masa kurang 30minit hanya tinggal gambo atromeng max je!!!...lain semua di sapu bersih oleh anak2 sedara aku le... ilaaaaaa...nak order lagi edible image ni..

TQ..

Alhamdulillah..syukur pd Allah atas rezeki yg dikurniakan..okay disini SFC ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada pelanggan2 yg menempah dari kami..tak kira la yg baru pertama kali berurusan dan juga yg regular..harini tamat la keje2 penyedian makanan untuk majlis2 di sepanjang cuti sekolah ni...pasni nak rehat laa 3,4 hari.. kena betulkan urat2 saraf aku ni..

Tempahan untuk majlis perkahwinan (sambut menantu) pd 8hb Jun - Ayahku Din beralamat di Taman Dato Wan Salleh, Jalan Pusara..menempah nasi minyak sebanyak 12 gantang (420 org @ RM230 segantang) beserta lauk extra untuk seramai 70 org (rm300) dan extra lagi pulak dlm pukul 230..untuk majlis ni Ayahku pun menyewa peralatan2 menghidang lauk pauk spt buffet set, pinggan gelas dan sebagai nya...sila refer sidebar sebelah ye untuk tengok charge penyewaan alat2 tersebut (maleh lerr pulak nak tulis banyak2 sini..)..

Tempahan nasi minyak pd 10hb Jun - saya tak tahu/lupa bertanya nama encik yg menempah ni sbb org tengah yang order..menempah sebanyak 2 gantang stgh (85 org)..bukan untuk majlis apa2...katanya hanya nak meraikan kawan2 anak2 aje..

Tempahan untuk majlis perkahwinan pd 11hb Jun - Pn Maziah beralamat di kg atas tol....menempah sebanyak 25 gantang (875 org @ rm220 se gantang tanpa sirap n buah) juga extra lauk sebanyak rm300 (60 org)..

- Cikgu Dah menempah 1 gantang (35 org)..katanya nasi tu untuk dibawa terus ke Kota Bharu, Kelantan..request dari mak dia...kalau tak silap ni kali ketiga dah nasi ni dibawa oleh Cikgu kita ni kesana..

- Kak Ida di gong kapas pun menempah sikit untuk makan2 kat rumah...dlm 15 org mkn gitu..buat pengetahuan semua, SFC hanya menerima tempahan nasi2 dengan minimum order untuk 30 org..untuk single order la ye...tapi untuk mcm harini kebetulan memang dah buat, SFC layan kan aje sapa2 nak slot in untuk makan sikit2 tu..

Tempahan untuk majlis perkahwinan (sambut menantu) pd 12hb Jun - Lia di kg laut.. menempah sebanyak 18 gantang @rm220 segantang (600 org tanpa sirap n buah)..

Tempahan untuk majlis perkahwinan (sambut menantu) pd 13hb Jun - Noreha di batu buruk... menempah sebanyak 8 gantang @rm 230 se gtg dengan extra lauk untuk seramai 60 org...juga menyewa peralatan2 menghidang..

-Hjh Maimun menempah on behalf untuk abang beliau di kuala ibai...nasi minyak ditempah untuk seramai 300 org makan @ 9 gantang @ rm 235..tanpa peralatan menghidang..

Tempahan nasi minyak pd 14hb Jun - sorry tak sempat bertanya nama tuan yang menempah ni..ex staff Socso kuala terengganu...untuk makan2 keluarga ..order seramai 30 org makan..

Okay..SFC sekali lagi mengucapkan terima kasih banyak2 atas tempahan di atas...semoga kita dapat berurusan lagi pada masa akan datang Insyallah..
.

Sunday, June 7, 2009

Katering Perkahwinan

untuk tempahan yg memerlukan sirap..air gula perlu dimasak dlm jangkamasa yang agak lama bagi mengelakkan sirap cepat menjadi masam..

bila air gula tadi dah masak sejuk kan sehari semalam...barula boleh diletak perisa ros (merah) dan simpan..untuk gambar diatas periuk ukuran 60cm..dan gula sebanyak 55kg..itu pun belum mencukupi untuk keperluan order sepanjang 2minggu cuti sekolah ni..perlu membuatnya lagi

sehari sebelum kenduri...peralatan yg disewa perlu dihantar terlebih dahulu.. balang sirap dihadapan..untuk seramai 1500 jemputan

ini pulak kuah acar rojak..pun SFC sediakan dalam kuantiti yg banyak.. timun, sengkuang dan nenas dipotong..siram aje ngan kuah ni n tabur kacang tanah (kisar kasar)..itu la acar SFC untuk nasi minyak, beriani, bukhari, tomato dll..

lagi peralatan2...



gambar di atas adalah sebahagian drpd trip2 nasi yg dihantar masa kenduri berlangsung...Okay SFC ingin mengucapkan berbanyak terima kasih bagi yang menempah nasi dan jugak kek2 sepanjang minggu pertama cuti sekolah ni..
tempahan katering perkahwinan 4hb Jun - Encik Yahya Said & Pn Latifah Othman beralamat di kg mak kemas, bukit payung..tempahan nasi minyak untuk tetamu seramai 1500 orang..nasi ditempah sebanyak 45 gantang @rm230 per gantang beserta dengan menyewa peralatan lain seperti bekas buffet 10 set..pingan 300bj..gelas 300bj..bekas bancuh air n cuci tangan 4bj..dan juga senduk2 14bj.. terima kasih byk2..semoga silaturahim berpanjangan..

tempahan katering perkahwinan 6hb Jun - Mok wok n pok awang di jalan ibrahim, bukit besar..tempahan nasi minyak dan sedikit nasi putih sebanyak 27 gantang.. juga menyewa peralatan2 seperti diatas..untuk tetamu seramai 800 org.. terima kasih byk2..

tempahan katering perkahwinan 6hb Jun - Ah Seng (tokey kedai tayar ) di kg durian burung..beliau dah jadi regular customer kami sejak 10 tahun yang lalu..tempahan sebanyak 3 gantang (lauk daging semua di tukar kepada ayam) dengan extra ayam sebanyak 10 ekor..ni hanyala untuk 100 tetamu @ staff @ kenalan melayu shj..sbb majlis yg besar diadakan di dewan cina pada kebiasaannya..

juga terima kasih untuk yg menempah kek2 sepanjang minggu pertama cuti sekolah ni..gambar2 kat bwh..

kak kasmani (penggubah hantaran kahwin)..untuk customer beliau..kek lapis pandan cadbury (rm75), kek lapis aiskrim vanila cokelat (rm60), kek lapis prune (rm55) dan kek lapis strawberry (rm55)

kek lapis chocberry (rm55)

Moist chocolate cake 1.5kg rm50...deco n wording rm15

chocolate cheesecake 1.5kg rm50..deco n wordings rm15

mini muffin - kukus...150biji untuk Lina..kak noreha 50biji

muffin cokelat kukus - saiz L rm1 ditempah sebanyak 500biji

Alhamdulillah ni adalah antara tempahan sepanjang minggu ni..SFC membz untuk sepanjang minggu kedua cuti sekolah pula...

Thursday, June 4, 2009

Apam Comel Meragam!!

Ujian Allah...ni ialah rupa apam comel yang dah tak layak dipanggil comel..mcm mana nak mulakan cerita ni...saya mendapat order apam comel ni sebanyak 500biji..seperti biasa saya adunkan sekali untuk menjimatkan masa...tapi yang mendukacitakan kali ni apam ni tak menjadi!!...tak merekah..tak mekar seperti selalu...6 adunan terpaksa saya tolak ke tepi.. saya adunkan lagi sebanyak 3 adunan...pun tak merekah...saya adunkan lagi 1 adunan..resultnya sama...saya dah abis pikir juga mana silap..tepung gandum pun saya dah tukar2 kot2 sebab musabab nya disitu..pun hampa..frust juga sbb customer mesti cakap tak serupa dalam blog kan..so kepada Jue n Kak Nor...saya mintak maaf banyak2 sbb tak dapat menghasilkan seperti sebelumnya..saya baru aje lepas cakap dengan kak nor..kot2 kalau tak puas hati boleh pulangkan balik apam tu..saya cuma bimbang perception org terhadap SFC..kak nor cakap okay tak apa.. terima kasih banyak2 k nor...juga buat Jue...sebelum dtg ambik apam pun saya dah inform rupa apam tu..jue kata no problem..sekali lagi saya minta maaf kepada yg terlibat..

Mulai sekarang SFC akan menutup tempahan untuk apam comel ini..harap maklum..tq..