Kami menyediakan perkhidmatan katering di sekitar Kuala Terengganu utk semua majlis dan juga membekalkan pelbagai jenis makanan lain termasuk kek2 yg semestinya sedap2 semuanya. Kami juga menerima tempahan kek luar dari Terengganu. Semua orang boleh menikmatinya. Terkini, Shita Food And Catering juga mula mengajurkan kelas....Nantikan info2 terbaru berkaitan modul kelas.

Sunday, June 14, 2009

TQ..

Alhamdulillah..syukur pd Allah atas rezeki yg dikurniakan..okay disini SFC ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada pelanggan2 yg menempah dari kami..tak kira la yg baru pertama kali berurusan dan juga yg regular..harini tamat la keje2 penyedian makanan untuk majlis2 di sepanjang cuti sekolah ni...pasni nak rehat laa 3,4 hari.. kena betulkan urat2 saraf aku ni..

Tempahan untuk majlis perkahwinan (sambut menantu) pd 8hb Jun - Ayahku Din beralamat di Taman Dato Wan Salleh, Jalan Pusara..menempah nasi minyak sebanyak 12 gantang (420 org @ RM230 segantang) beserta lauk extra untuk seramai 70 org (rm300) dan extra lagi pulak dlm pukul 230..untuk majlis ni Ayahku pun menyewa peralatan2 menghidang lauk pauk spt buffet set, pinggan gelas dan sebagai nya...sila refer sidebar sebelah ye untuk tengok charge penyewaan alat2 tersebut (maleh lerr pulak nak tulis banyak2 sini..)..

Tempahan nasi minyak pd 10hb Jun - saya tak tahu/lupa bertanya nama encik yg menempah ni sbb org tengah yang order..menempah sebanyak 2 gantang stgh (85 org)..bukan untuk majlis apa2...katanya hanya nak meraikan kawan2 anak2 aje..

Tempahan untuk majlis perkahwinan pd 11hb Jun - Pn Maziah beralamat di kg atas tol....menempah sebanyak 25 gantang (875 org @ rm220 se gantang tanpa sirap n buah) juga extra lauk sebanyak rm300 (60 org)..

- Cikgu Dah menempah 1 gantang (35 org)..katanya nasi tu untuk dibawa terus ke Kota Bharu, Kelantan..request dari mak dia...kalau tak silap ni kali ketiga dah nasi ni dibawa oleh Cikgu kita ni kesana..

- Kak Ida di gong kapas pun menempah sikit untuk makan2 kat rumah...dlm 15 org mkn gitu..buat pengetahuan semua, SFC hanya menerima tempahan nasi2 dengan minimum order untuk 30 org..untuk single order la ye...tapi untuk mcm harini kebetulan memang dah buat, SFC layan kan aje sapa2 nak slot in untuk makan sikit2 tu..

Tempahan untuk majlis perkahwinan (sambut menantu) pd 12hb Jun - Lia di kg laut.. menempah sebanyak 18 gantang @rm220 segantang (600 org tanpa sirap n buah)..

Tempahan untuk majlis perkahwinan (sambut menantu) pd 13hb Jun - Noreha di batu buruk... menempah sebanyak 8 gantang @rm 230 se gtg dengan extra lauk untuk seramai 60 org...juga menyewa peralatan2 menghidang..

-Hjh Maimun menempah on behalf untuk abang beliau di kuala ibai...nasi minyak ditempah untuk seramai 300 org makan @ 9 gantang @ rm 235..tanpa peralatan menghidang..

Tempahan nasi minyak pd 14hb Jun - sorry tak sempat bertanya nama tuan yang menempah ni..ex staff Socso kuala terengganu...untuk makan2 keluarga ..order seramai 30 org makan..

Okay..SFC sekali lagi mengucapkan terima kasih banyak2 atas tempahan di atas...semoga kita dapat berurusan lagi pada masa akan datang Insyallah..
.

No comments:

Post a Comment