Kami menyediakan perkhidmatan katering di sekitar Kuala Terengganu utk semua majlis dan juga membekalkan pelbagai jenis makanan lain termasuk kek2 yg semestinya sedap2 semuanya. Kami juga menerima tempahan kek luar dari Terengganu. Semua orang boleh menikmatinya. Terkini, Shita Food And Catering juga mula mengajurkan kelas....Nantikan info2 terbaru berkaitan modul kelas.

Wednesday, September 29, 2010

SFC melalui proses transisi....secara berperingkat..


Kayu Api.
cara lama yang masih lagi di guna pakai sekarang..biasanya utk
majlis2 di kampung..lagi ramai datang tolong menolong lagi meriah
aktiviti rewang2... SFC dari dulu mmg menggunakan kayu api untuk
masak nasi dan gulai dlm kuantiti yang banyak, biasanya bila
ada order untuk majlis kahwin..
untuk periuk di gambar atas, nasi yg dimasak untuk 500org tetamu,
size periuk yg paling besar sfc ada..

KINI

semua nya itu hanya kenangan aktiviti dapur sfc sebab nya kami sekarang
telah beralih menggunakan kaedah Gas sepenuhnya.
SFC juga telah mempunyai 'tempat kerja' yang baru dimana
segala aktiviti untuk nasi dan kek akan beropersi sepenuhnya hujung tahun ini insyallah....hanya selang 2 rumah dari rumah sekarang..
customer nak datang pick up pun senang
byk lg agenda baru ditempat baru ini nanti..insyallah




kawasan memasak jadi lebih bersih, takde lagi asap...takde lagi periuk hitam..
cuma saiz periuk yg digunakan menjadi lebih kecil
disebabkan size dapur yg standand yg ada di pasaran tidak
memungkinkan kami menggunakan periuk besar di atas..

untuk mengatasi masalah saiz periuk, dapur gas yg digunakan terpaksa
kami gandakan...menjadi permandangan biasa bila
5 periuk = 5 dapur serentak digunakan..
masa lebih jimat, cuma permulaan kos perlu dikeluarkan
bg penyediaan alatan yg secukupnya

skrg, takde lagi Si Abas yg dtg hantar kayu api dgn lorinya... :)
Alhamdulillah..semoga Allah sentiasa memberi jalan kemudahan
untuk SFC membuat kerja..Amin.

bersih kan?
simen pun dah tak perlu disental selesai masak
bara kayu api pon tak perlu di kumpul utk masuk tong sampah

Alhamdulillah..biasa la here n there mesti ada baik n buruk nya..
anggap aje sebahagian dari proses transisi.


No comments:

Post a Comment