Kami menyediakan perkhidmatan katering di sekitar Kuala Terengganu utk semua majlis dan juga membekalkan pelbagai jenis makanan lain termasuk kek2 yg semestinya sedap2 semuanya. Kami juga menerima tempahan kek luar dari Terengganu. Semua orang boleh menikmatinya. Terkini, Shita Food And Catering juga mula mengajurkan kelas....Nantikan info2 terbaru berkaitan modul kelas.

Tuesday, May 19, 2009

Kuih Ropa


bungkusan yg diterima tenghari tadi...jeng jeng jeng..

ni la rupanya Kuih Ropa...masih dalam plastik..ada 10biji/sebungkus

baru siap digoreng..saya hanya letak minyak dlm satu sudu lebih aje..bakar pun boleh...deep fry pun boleh...makan mentah je tara boleh oo..

tu dia...filling nye...penuhh...daging, kentang , bawang dan yg paling best sebab ada rasa black pepper...

contoh hidangan...boleh dimakan gitu je atau kalu sapa2 nak rasa yg intense skit boleh makan dengan sos cili..

pose terakhir...Kuih Ropa

Salam semua..ni nak cerita sedikit pasal Kuih Ropa ni..mungkin ada yg tak penah dengar..tapi kalu kat trg ni memang org tau la..kdg ada gak yg panggil kuih gopa!!..bukan gopal ehh... Okay..thari tadi saya terima bungkusan ni...Kuih Ropa ni sahabat baik saya yg buat jualan.. di Shah Alam..Sebungkus ada 10biji = RM5 = 820gm beratnya....memang sgt murah.. inti daging, kentang, bawang dan juga yang special nya ada rasa black pepper.. ini ialah makanan sejukbeku (frozen)...so sesuai untuk buat stok dlm freezer masing2 ye...kat atas saya dah bgtau cara nak sediakan nya...senang...mudah ...jimat masa dan yg penting kenyang...blh buat sarapan (utk sefamili la) ,bekal anak skolah , minum ptg dan mcm2 la...nak buat majlis kecik2 ke pun boleh...buat buah tangan ke...dll..........so pada sapa2 yang tinggal di sekitar lembah klang...shah alam..dan yang sewaktu denganya...kalau nak rasa Kuih Ropa ni sila la hubungi cik puan yg membuat nya...Nor Asliza Razali @ Ja ... 012-3088874 / 012-6653374..lokasi kediaman di Subang Bestari, shah alam...saya tak rekomen kan kuih ni menggunakan courier service sbb charge nya nanti lebih mahal dari harga kuih kerana ropa ni berattt la uuu...

Nasi Beriani

ayam yg tgh diperap dengan rempah2..juga digaul dengan tpg jagung

sedang digoreng..

dah siap..ayam goreng berempah..

dalca

ni ialah kacang dal yang dah direbus terlebih dahulu..gunanya untuk memekatkan kuah dalca tadi..


acar...sebelum ditabur kacang...acar rojak (nenas, timun n sengkuang)

dah pun ditabur kacang...lupa pulak nak snap kuah acar tadi...mcm kuah rojak pertis lebih kurang..

daging merah beriani..

nasi beriani @ SFC

terima kasih pada yg menempah beriani hari ni...Faizol dari hospital kuala terengganu..bahagian klinik...makan tengahari tadi..

Sunday, May 17, 2009

Moist Chocolate Cake..

Moist Chocolate Cake ...ditempah oleh si tokey dobi..Tajuddin..beliau mintak kek ni bersaiz besar skit..so saya buatkan 2in1 la..(2biji jdkan sebiji)..RM50..wording FOC..saiz 9" berat dalam 1.5kg...tq din..

TQ Cikgu

Ayam Masak Merah - antara lauk Nasi Minyak

Ayam goreng berempah - antara lauk Nasi Beriani

Terima kasih untuk cikgu2 yang menempah nasi dr SFC hari ni..sempena sambutan hari guru disekolah masing2...saya difahamkan..tiap2 sekolah mempunyai tarikh yg berlainan untuk menyambut nya...okay..TQ cikgu rosli..dari SK Kelulut, Marang ..menempah nasi minyak utk lebih kurang 50org..extra lauk ayam n daging..juga TQ ustz banun dari SK Tengku Bariah, Kuala Terengganu..menempah nasi beriani juga untuk di makan lebih kurang 50org beserta sirap.. terima kasih byk2 dari SFC...semoga urusan kita berpanjangan Insyallah..amin

sekali lagi muffin kecik..

RM1 = 4biji

mari2...

close to 130pcs of mini muffin.. sold

walnut brownies..RM20 .. size 7"x7"..sold

ini order semalam..cikgu mahazam ..SK Bukit Gasing , Marang............tkasih daun keladi.. pasni order lagi eh...

Steam Mini Choc Muffin

rupa mini muffin..lebih gebu dr entry haritu..lepas dah tau kat mana silapnya..

ni kakak dia..size besar skit

Selepas beberapa kali bereksperimen membuat mini choc muffin ni..sy rasa resultnya semakin ok..alhamdulillah..taste tetap sama..its seem much better from my previous entry..masa mula2 tgk resepi, ingatkan lama nak kukus..tapi rupanya sekejap je..10minit je kukus..

Saturday, May 16, 2009

Original Brownies

Original Brownies..rasanya simple aje..dengan sedikit walnut n ground peanut kat dalam..kurang manis..atas ditaburi dengan kekacang...hanya RM12 sebekas..tapi minimum order 2bekas ye.(for single order..kalau memang kebetulan dah ada yg order korang nak beli sebekas je pun bole)...ini diorder oleh kak azie di kemaman..tq

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru...SFC ucapkan buat semua guru2 di malaysia dan juga diluar malaysia..jasa dan pengorbanan anda semua tidak ternilai...hanya ganjaran dari Allah sahaja yg menanti..amin2.. buat semua cikgu2 dari mana2 sekolah yang pernah berurusan dengan SFC...saya ucapkan Selamat Hari Guru...semoga jalinan kita berterusan..insyallah...

Terima kasih juga buat yang menempah dari SFC sehari dua ni.

1. Helen dari Melia Florist n Craft ( Kek Lapis Chocberry)

2. Mok wok (Nasi Minyak -50org)

3. Kak Azie di Kemaman (Original Brownies)

Wednesday, May 13, 2009

Steam Mini Choc Muffin

RM1 = 4biji


antara aksi2 terkawal mini muffin ku

Okay....ni ialah produk terbaru dari SFC... muffin cokelat kukus (mini cup)... yang ni harganya ialah RM1 = 4biji..jika ada yang berminat boleh direct call saya ye...shita 019-9876422. tempahan dibuka skrg..spt biasa tolong notis saya.. takut2 tgh membz dgn katering.. large order boleh diterima insyallah...

Tuesday, May 12, 2009

Simple Doorgift from SFC

Salam semua!..entry kali ni saya hanya nak kongsikan beberapa koleksi cenderahati dari SFC - versi simple dan murah (mengikut kesesuaian bajet masing2 ye).. ini sesuai untuk apa2 majlis la...tahlil,bday, potong jambul, naik rumah baru, tunang, kahwin, perpisahan dll...buat masa skrg SFC tak mempunyai koleksi cenderahati yang 'dasyat' kerana ia memerlukan pengalaman dan juga pengetahuan dari segi pemilihan kotak2 yg sesuai supaya presentation nya nanti betul2 menarik..meh tgk yg murah dulu la ye..

RM1 - choc muffin versi kukus
harga boleh runding bg tempahan 500 pcs keatas
size L

RM80 sen - choc muffin versi kukus
harga boleh runding bagi tempahan 500pcs keatas
size M

RM1 - choc muffin versi kukus
harga boleh runding bg tempahan 1000 pcs
size S - mini cup

RM2.50 - kek lapis sarawak (pelbagai jenis)
mengandungi 2 keping kek lapis ( lain jenis) dan riben gold
percuma sebiji kek lapis sarawak bagi tempahan 500pcs keatas
percuma 3 biji kek lapis sarawak bagi tempahan 1000pcs


RM1.50 - kek lapis sarawak (pelbagai jenis)
mengandungi 1keping kek lapis dan riben
percuma sebiji kek lapis sarawak bagi tempahan 1000 pcs


RM1.20 - kek lapis 'slice' (boleh refer label slice) tanpa kotak
mengandungi sekeping kek lapis atau roll lapis pelbagai jenis
RM1.10 - 300pcs to 500pcs
RM1.00 - 500pcs to 1000pcs

Dengan ini juga saya menamatkan 'promosi april utk kek lapis slice yg berharga RM1 sekeping'...so harga kembali kepada asal ye RM1.20..harap maklum

Sunday, May 10, 2009

Selamat Hari Ibu

Selamat Hari Ibu...khas buat mak tersayang Hjh Hasnah bt Jusoh..entry ni sebagai salah satu luahan penghargaan buat beliau atas pengorbanan selama ini.. Allah sahaja yg dapat memberi ganjaran nanti Insyallah...okay..mlm tadi saya besama 2 abg n family diorang dinner di Restoran Penyu..last min punya plan.. sebenarnya semlm 9th May adalah bday mak ke-68..harini 10th May bday ayah ke-70.. (mengikut dlm IC - kalau ikutkan org dulu2 diorang sendiri pun tak tahu tarikh lahir sendiri)..sebagai tanda kasih..kami makan2 bersama..ini aje gambarnya.. kepada kakak ku Malia..abg2 ku Jafri n Kamal..sorry tak inform..(takmboh wi nyusoh la...jauh2 ..pulok tu cuaca sini ptg ke mlm hujan) ni last min punya plan..ayahlong pun sampai dr kl 730pm..balik losong siap2 kul 9pm sampai kat Penyu..okay layan gambar 2,3 keping ni ye

bday boy n bday gal....hehehe..

antara lauk yg diorder..semua yg mak suka..butter prawn..ketam black pepper, ketam telur masin..ayam mangga,seafood tomyam n broccoli garlic..

kari kepala ikan..dgn special bun (tak sempat snap!!)..ada kisah dgn kari ni.. rasa nya memang powerrr...tapi isi ada kurang masak sikit..so abglong kita komplen.. dengan bangganya Restoran Penyu dah kurangkan bil sebanyak RM50.. So kat sini SFC ingin mengucapkan syabas kepada management Restoran Penyu kerana telah melakukan perkara yang betul dalam menangani apa jua komplen dari pelanggan.. semoga dengan cara ini akan membuatkan perniagaan ini bertambah maju.. insyallah
kepada penggunjung blog SFC ini..sila la berkunjung ke Restoran Penyu.. makanan disana insyallah tak akan mengecewakan anda..terletak Kg Ladang berdekatan bulatan batu bersurat (dulu bulatan penyu)..okay..

Saturday, May 9, 2009

Fruit Cake

dah siap seal baru teringat nak ambil gambar...ni fruit cake di tempah oleh wanie di telaga mengkudu..sebenarnya kek ni kakak wanie yg punya..apa pun tkasih byk2 ye. order ptg semalam...

Nasi Minyak.

hanya ini gambar yg sempat di ambil....ini kuzi@gulai daging.. order dari kak akma di rusila marang...sebanyak 4 gantang @ 120 org..tq

Thursday, May 7, 2009

Roti Sardin

roti sardin baru je dikeluarkan dr oven...panas2 lagi..

baru siap packing - hanya RM1..sila notis SFC 2hari awal untuk membuat tempahan

saje nak perabihkan cream cheese..konon nya nak buat cheese stick laa.. tp tgk je la rupa stick tu..aku rasa mcm tak cukup sifat je..kat kedai korang tak akan jumpa punya cheese stick yg semewah mcm ni punya cheese tuan kedai letak eh..heheh.. siap ada longkangg tgh oo..
apa pun..masak jugak akhirnya.. biasanya cheese stick ni org akan letak mozarella or cheddar...tp pada sapa2 nak try letak cream cheese pun boleh yer.. rasa nya tetap terangkattt!!!....(yg ini untuk tekak sendiri laaa)

okay ni order petang tadi....roti sardin 50 biji n bihun goreng (lupa daaa nak ambik gambo).. dari kak Norai (tokey Norai Keropok di Losong).. untuk dihantar ke surau malam ni..roti2 SFC tak ada dihantar ke mana2 kedai...hanya dibuat mengikut tempahan sahaja..sila bgtau saya at least 2 hari awal kalau nak order.. tq..

Wednesday, May 6, 2009

Tetamu dari Kolej Multimedia

Pagi tadi SFC ada menerima tetamu iaitu pelajar dari kolej multimedia, rusila marang.. semalam set masa...diorang dtg juz untuk ambik sikit2 info untuk paperwork yg nak kena submit 16hb ni...terima kasih ye..SFC rasa honoured jugak..dari kiri baju merah Farhan, Mustakim dan Ely..pic ni sy ambik time diorang tgh minum2...kebetulan harini takde order so melepas la nak merasa nasi2 ye...jamu dgn kek lapis n brownies aje...insyallah ada rezeki kshita ajak ler mai rmh kita mkn2 lagi ok..all the best..

Fruit Cake

Fruit cake ni ditempah oleh Kak Ida di jalan pintasan, gong kapas.. kek ni beratnya 1.5kg dan berharga RM40..tq k ida..

Tuesday, May 5, 2009

Kek Lapis Pandan Cadbury


Ni ialah kek lapis terbaru keluaran SFC....Kek Lapis Pandan Cadbury....rasa pandan dan juga di lapisi dengan kepingan cokelat cadbury...gambar kat atas hanya untuk sample ye sebab tu la 'inci' nya tak berapa nak cukup...pada sapa2 penggemar cokelat boleh cuba dulu...untuk permulaan ini saya boleh menerima kek ni kalau ada sapa2 nak beli separuh (potong dua)...harga sebijik kek ini ialah RM75, berat antara 1.3 kg ke 1.4kg (more or less) dan harga untuk separuh kek ini ialah RM40..seperti biasa kek2 lapis dan juga kek2 yg tak bertopping keluaran SFC boleh dicourier insyallah..

Kek Lapis Rasa Ria

okay...ni dia Kek Lapis Rasa Ria.....di tempah oleh Ja dari Subang Bestari , Shah Alam..ja mintak kek ni dipotong 3 sbb nak bagi rasa kat adik dia n mak mertua dia sekali katanya...lapis ni berperisa horlicks, pandan, strawberry dan juga cokelat...harga nya cuma RM60 bersize 7"x7"....tq ja...

Monday, May 4, 2009

weekend di kemaman

Ni la aktiviti di kemaman tempoh hari.. Azlia Group buat sedikit jamuan untuk meraikan pekerja2 mereka sempena 'Hari Pekerja'..tak byk gambar yg boleh publish kat sini...disebabkan mutu gambar yg memaksa utk aku cuttttttt.....ada tu sampai 4 kali snap pun blom boleh lepas standard piawaian blog dapurshita ni hehehe..meh tgk gambar2 la dulu...

ni la aktiviti membuat puding tauhu..1230 mlm start buat..puding ni version kakak aku lerr..bersantan mantan..dia yg buat..aku susun buah je..

souvenirs untuk staff.... doorgift dari SFC

best corner..waiting cum living room

perabut2 dah di alih situ sini ...senang diorang nak makan bersantai kat lantai nanti

stationery corner.. di tingkat atas Azlia Edar..ofis pun di sini..nampak kat kaunter tu??...kakak aku tengah berlakon ke atau memang betul tgh wak keje..

console table dah ditransform kan menjadi serving table..okay ler tu.. menu nasi minyak (order dari Kak Ton)

antara staff yang datang..depa dtg by group..ada yg shift pagi n ptg.. dari outlet Pasar Azlia n Azlia Edar....tokey tgh entertain bdk2 keje... mcm sambutan hari raya pun ada rasa..

Okay la...ni aje yg sempat dikongsi...sesaje buat kenangan...moral nya..hargaila pekerja2 kerana mereka juga adalah sebahagian daripada perniagaan kita..