Kami menyediakan perkhidmatan katering di sekitar Kuala Terengganu utk semua majlis dan juga membekalkan pelbagai jenis makanan lain termasuk kek2 yg semestinya sedap2 semuanya. Kami juga menerima tempahan kek luar dari Terengganu. Semua orang boleh menikmatinya. Terkini, Shita Food And Catering juga mula mengajurkan kelas....Nantikan info2 terbaru berkaitan modul kelas.

Sunday, May 10, 2009

Selamat Hari Ibu

Selamat Hari Ibu...khas buat mak tersayang Hjh Hasnah bt Jusoh..entry ni sebagai salah satu luahan penghargaan buat beliau atas pengorbanan selama ini.. Allah sahaja yg dapat memberi ganjaran nanti Insyallah...okay..mlm tadi saya besama 2 abg n family diorang dinner di Restoran Penyu..last min punya plan.. sebenarnya semlm 9th May adalah bday mak ke-68..harini 10th May bday ayah ke-70.. (mengikut dlm IC - kalau ikutkan org dulu2 diorang sendiri pun tak tahu tarikh lahir sendiri)..sebagai tanda kasih..kami makan2 bersama..ini aje gambarnya.. kepada kakak ku Malia..abg2 ku Jafri n Kamal..sorry tak inform..(takmboh wi nyusoh la...jauh2 ..pulok tu cuaca sini ptg ke mlm hujan) ni last min punya plan..ayahlong pun sampai dr kl 730pm..balik losong siap2 kul 9pm sampai kat Penyu..okay layan gambar 2,3 keping ni ye

bday boy n bday gal....hehehe..

antara lauk yg diorder..semua yg mak suka..butter prawn..ketam black pepper, ketam telur masin..ayam mangga,seafood tomyam n broccoli garlic..

kari kepala ikan..dgn special bun (tak sempat snap!!)..ada kisah dgn kari ni.. rasa nya memang powerrr...tapi isi ada kurang masak sikit..so abglong kita komplen.. dengan bangganya Restoran Penyu dah kurangkan bil sebanyak RM50.. So kat sini SFC ingin mengucapkan syabas kepada management Restoran Penyu kerana telah melakukan perkara yang betul dalam menangani apa jua komplen dari pelanggan.. semoga dengan cara ini akan membuatkan perniagaan ini bertambah maju.. insyallah
kepada penggunjung blog SFC ini..sila la berkunjung ke Restoran Penyu.. makanan disana insyallah tak akan mengecewakan anda..terletak Kg Ladang berdekatan bulatan batu bersurat (dulu bulatan penyu)..okay..

1 comment:

  1. selamat hari lahir buat ayah n mak semoga diberkati dan dirahmati oleh ALLAH...Kenangan, tunjuk ajar dan pengalaman bersama ayah dan mak di tanah suci masih diingati walaupun dah 5 thn berlalu... Terima kasih :)

    ReplyDelete