Kami menyediakan perkhidmatan katering di sekitar Kuala Terengganu utk semua majlis dan juga membekalkan pelbagai jenis makanan lain termasuk kek2 yg semestinya sedap2 semuanya. Kami juga menerima tempahan kek luar dari Terengganu. Semua orang boleh menikmatinya. Terkini, Shita Food And Catering juga mula mengajurkan kelas....Nantikan info2 terbaru berkaitan modul kelas.

Monday, January 25, 2010

Nasi Putih


sop tulang yang baru direbus
untuk makan 100 org
majlis tahlil


sop tulang ready
last dah tutup api baru tabur batang saderi


ayam merah
kalau nasi minyak kami tabur green peas n tomato
tp kalau nasi putih kami juz tabur daun sop n daun bawang


kacang goreng plus hati, pedal ayam
masak kuah sampai naik minyak..masuk kacang kacau 2,3 minit terus tutup api
so kacang tetap rangup

ikan goreng
nasi n sambal belacan lupa ambik gambo
semua lauk atas permintaan customer

kali ni order dtg dari kenalan cyber pd asalnya
ad hoc order dari Yong Farred
al fatihah buat bapa mentua yong yg meninggal pagi semalam

Sunday, January 24, 2010

strawberry......cupcake


design by customer




moist choc cupcake
with shredded chocolate + fresh strawberry
order by D'hanna bakery n cafe

Kek Lapis Prune


lapis prune
order by my bro nedy
as a present

Moist Choc Cake


moist choc cake with chocolate ganache
tq anna lwy


Buah Tangan


buah tangan yg simple
hanya ini sempat dibuat..awal bln haritu sy telah di 'approach' oleh
seorg student Universiti Malaysia Terengganu dari
Fakulti Pengajian Maritim Dan Sains Marin
utk menjaya kan subjek Asas Keusahawanan mereka.
me as a mentor!..mereka memilih 'Katering' sebagai bahan kerja..
i did my part...menolong yg termampu..

to: fuad, farihin n wiliam..
all the best.


Kek2 Lapis


selesai acara melapis..ready utk rehat..


pandan cadbury


prune


asam manis

strawberry

Kek Lapis Asam versi kukus!!

pertama kali try buat kek lapis kukus
itu pun lepas beberapa org tanya..tak buat yg kukus ke??..
so..ni ler eksperimen pertama
ape ke hal laa siap ada lekuk2
kukus nya dlm sejam suku aje..
adat la..first trial


dek kerana di cengkam rajin teramat maka...
4 lapis je terhasil!!!
eksperimen kata kan..
permukaan ada lekuk2
dalam ada yg lubang2 angin
bila surf blog maklangazie...baru tau..
rupanya api masa kukus kena sederhana je..jgn kuat
nanti kek jd berombak!!!
so..sendiri mau ingat la no lain kali..
tapi kalu buat talam keladi api mau besaaa oooo...kalu tak, talam tara masak!
undang2 dlm pembuatan kek ni bermacam2


secara jujur n realitinya kek2 yg dikukus memang lembut tekstur nya..
apa2 pun kena try lagi


Tuesday, January 19, 2010

Lempeng Nyor @ nyior @ kelapa ler....


lempeng nyor saiz 'R'
R maknanya Rajin!!!
gi 10 kedai rasa payah nak dpt saiz ni n tebal canggini..hihi..
malas weyy nak buat saiz kecik2..
utk tekak sendiri bley laaa


bersama 'kwn' nya..
leftover dalca hihi..
penjimatan berganda!!!

RESEPI LEMPENG NYOR

500g gandum
isi kelapa muda (lg byk lg sedap la)
air kelapa muda stgh cwn
air masak secwn (kalu keras tambah skit lg)
air tu letak sikit2..
telor sebiji
gula garam secukup rasa

Cara2:
gaul semua bahan sampai sebati
goreng tanpa minyak
shape n saiz sesuka hati
(kalu nak cepat siap, ikut saiz cam gambo atas tu!!)

selamat mencuba.

Moist cake in cups (simple)


12pcs
simple design


ready
tq faisal


Sunday, January 17, 2010

Opor Daging


tgh masak...lama gakla...kalu nak cepat
rebus dulu daging siap2


Opor Daging Ready.

ni saya belajar dari makcik saya di Pekan, Pahang...saya tak gunakan
rempah opor...tp saya guna rempah daging yg saya jual tu..
asasnya lebih kurang aje rempah tu..
sapa2 ter rajin nak cuba tgk cara kat bwh ye
saya tak berapa pandai nak sukat accurate sgt..
kita main agak2 la ye best skit.

Resepi Opor Daging

1kg daging ( asalnya lauk ni kena potong besar, tp kecik kan pon takpe)
bahan tumis:
bawang besar
bawang putih
halia
cili boh
rempah opor 1-2 sudu besar ( rempah daging pon okay)
kerisik 2 sudu (kalau nak lg gelap kaler, blh tambah lg skit)
lengkuas (blend n ambik air)
serai (blend n ambik air)
belacan secubit
asam jawa (air)
santan pekat 500ml
garam gula secukup rasa

cara2 membuat nya :
1. panaskan minyak . Tumis cili boh sampai garing sikit n letak gula.. kalau
tak moo pedas sgt la..pastu masuk kan bawang besar, halia n bawang putih
yang dah di kisar..masuk kan air lengkuas dan serai...masuk kan rempah
opor atau rempah daging...masak sampai garing n naik bau

2. masukkan daging tadi...air sikit..belacan..kerisik..n masak sampai daging
empuk...jgn lupa garam n gula n air asam...bila daging mula lembut baru
masuk santan pekat

3. masak sampai naik minyak..jgn risau..nak dptkan kaler hitam tu..ia dtg
dari rempah n kerisik...bukan dari kicap ye..

4. dah empuk...maknanya masak la tu..boleh hidang..

selamat mencuba..saya kurang pandai buat ayat cantik2 mcm dlm resepi
buku masakan tu...ni ikut imaginasi aje ni..blh hidang dgn nasi putih, nasi
tomato, beriani dll.


Nasi Beriani


Nasi Beriani


Dalca


Daging Masak Merah


Ayam Goreng Berempah


Acar Rojak beserta Kuah nya kat bwh


order pagi tadi dari
Malaysian Palm Oil Board (MPOB).

Friday, January 15, 2010

Muffin Kukus


ooo..muffin kukus kembali lagi...
saiz mini
4biji rm1
min order 100biji


saiz M
70sen


saiz L
rm1


3 saiz yang berbeza


Kek Lapis SFC - improved recipe

Salam...sedikit info mengenai kek2 lapis keluaran Shita Food and Catering.. setelah mengambil kira komplen2 dan juga cadangan dari pembeli kek lapis..maka di sini saya ingin memaklumkan bahawa kek lapis SFC telah mula berubah sedikit resepi dari yang asal..

+++paling utama ialah tahap kemanisan kek yang telah saya kurangkan..walau kita sendiri maklum yg pada dasarnya kek lapis memang manis , tapi saya juga terpaksa mengambil kira citarasa dan cadangan dari para pembeli...sebelum saya membuat keputusan untuk mengolah resepi , saya terpaksa membuat 'homework'.. bereksperimen sebelum berpuashati dengan keputusan yg di ambil..ini merupakan kali kedua tahap kemanisan kek ni dikurangkan...dan saya harap pembeli ( sbb saya dah mula menjual menggunakan resepi baru ini) dan juga bakal pembeli berpuas hati...Alhamdulillah setakat ini feedback yang saya dapat menggunakan resepi baru ini menggembirakan...kerana untuk mengekalkan rasa dan kelembapan kek lapis bukan keje yang mudah...hanya diperolehi melalui kerja2 praktikal dan pengalaman sahaja..+++

Saya amat menghargai setiap komen yg diterima...yang mana bila dirasakan perlu...saya akan cuba perbaiki...untuk kebaikan biz insyallah..moga kerja2 saya diberkatiNya..amin.

Kek Lapis Strawberry


2biji kek lapis strawberry
sebiji diminta hias untuk hadiah hari lahir
tq faisal

jom buat sandwish....


sediakan roti panjang ni..alaa gi kedai cari french bread atau bagguete
belah dua mcm dlm gambo atas..
sapula dgn apa2 yg kita suka..kebetulan ada Dorina..nak guna cheese spread pon sedap..
pastu letak filling...daging ke ayam ke lamb ke tuna ke sardin ke..
picit la sos cili skit kat atas filling td



pastu letak la salad + timun + tomato + carrot + sengkuang + daun sop
( alaa...suma optional aje...sayur apa2 yg kita suka boleh letak)
pastu picit lagi sos cili + mayonaise
siap laa...


beef sandwish ready

tapi berchinta skit la buat sandwish panjang ni...sbb bila dah siap taruk segala bagai filling tu mula la dia tak boleh berdikari nak diri dgn sendiri..
tgk kena dptkan bantuan dr dorina utk sandar..

penyelesaian nya..gunakan lidi satay cucuk hujung ..kedua wrap aje..
sandwish menggunakan roti sebegini agak mengeyangkan

selamat mencuba


Blueberry Cheesetart



50pcs blueberry cheesetart
repeat order fm cun09
cheese lover indeed!


gift.

Roti Pizza SFC


tgh peram manually sebelum bakar
almaklum lerr..buat sikit2


chicken pizza
rm10 only
min order 3pcs


sardine pizza
rm8 only
min order 3pcs

blh campur2..


sardine pizza baru keluar oven
simple je..
sardine + bawang + cili potong + cili sos + mayo sikit


ready to deliver
tq KPAT, faisal n mem

anda boleh request sebiji kalau kebetulan saya buat pd hari berkenaan.

++++oleh kerana saya tak menggunakan loyang pizza..jadi saiz roti pizza ni agak berlainan dari satu sama lain...tetapi berat slightly sama..
ada kala base tebal skit...ada kala base agak nipis skit.. thats the beauty of homemade things..not perfect..++++

anda boleh komen..n request nak base tebal skit or nipis skit
to order, pls let me know at least few days earlier..


Moist Chocolate Cake 1.5kg


anna order utk member opis dia
soooooooooooooo sori bday boy!!...masa dlm pjalanan deliver kek ni lilin no 3 tu tumbang!!!...aduss..haritu saya dapat masalah berganda..dugaan betul..
hope bday boy dun mind ye..

Kek Lapis Asam Manis @ haw flake @ gambir


lapis asam manis 3biji
tq faisal