Kami menyediakan perkhidmatan katering di sekitar Kuala Terengganu utk semua majlis dan juga membekalkan pelbagai jenis makanan lain termasuk kek2 yg semestinya sedap2 semuanya. Kami juga menerima tempahan kek luar dari Terengganu. Semua orang boleh menikmatinya. Terkini, Shita Food And Catering juga mula mengajurkan kelas....Nantikan info2 terbaru berkaitan modul kelas.

Sunday, June 21, 2009

Nasi Minyak.

nasi minyak

gulai daging

ayam yg baru digaul kunyit

dah siap goreng

ayam yg dah siap di siram dgn kuah..ayam masak merah

acar yg belum di solek dgn kacang n kuah

sambal belacan yang wajib ada dlm pakej nasi minyak

oval plate

puding trifle.. rm35

okay harini nasi minyak di tempah oleh Telekom sales n service sdn bhd..Thanks Fiza.. untuk makan dlm 30 org saje...beserta puding trifle..

juga tkasih buat en hashim, menempah untuk 60 org semalam...dtg ambik pagi2 lagi kul 6am untuk majlis selepas solat subuh..

Friday, June 19, 2009

TQ

boston cheesecake RM40 - check out the volcano effect on surface heheh..

moist choc cake RM25 each - only 700gm..

original brownies RM12 each - min order 2 packs (single order) walnuts n top with ground peanuts

kek lapis chocberry RM55 - sorry eh, camera trick!!...blur

walnut brownies - single pack RM3

walnut brownies - another pose

Terima kasih buat Cikgu Fatimah Chik dari Sek Keb Bukit Gasing , Marang dan Kak Kasmani on behalf kawan2 beliau di pejabat Akauntan Negeri..semoga kita dpt berurusan lagi..insyallah

Thursday, June 18, 2009

Steam Mini Choc Muffin


cup hitam habis!!...pose nge cup kaler kuning..lebih besar size nye dr hitam

muffin mini kukus ni kak noreha di batu buruk tempah 100biji untuk anak2 dia..tq n hv fun..

Sunday, June 14, 2009

Edible Image

moist choc cake - simple deco...princess..

Kalau nak tahu ni ialah pertama kali dalam hidup menyentuh edible image ni..rupanya tak susah sangat la apply menda ni kat kek..ni untuk eksperimen..dan dalam masa kurang 30minit hanya tinggal gambo atromeng max je!!!...lain semua di sapu bersih oleh anak2 sedara aku le... ilaaaaaa...nak order lagi edible image ni..

TQ..

Alhamdulillah..syukur pd Allah atas rezeki yg dikurniakan..okay disini SFC ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada pelanggan2 yg menempah dari kami..tak kira la yg baru pertama kali berurusan dan juga yg regular..harini tamat la keje2 penyedian makanan untuk majlis2 di sepanjang cuti sekolah ni...pasni nak rehat laa 3,4 hari.. kena betulkan urat2 saraf aku ni..

Tempahan untuk majlis perkahwinan (sambut menantu) pd 8hb Jun - Ayahku Din beralamat di Taman Dato Wan Salleh, Jalan Pusara..menempah nasi minyak sebanyak 12 gantang (420 org @ RM230 segantang) beserta lauk extra untuk seramai 70 org (rm300) dan extra lagi pulak dlm pukul 230..untuk majlis ni Ayahku pun menyewa peralatan2 menghidang lauk pauk spt buffet set, pinggan gelas dan sebagai nya...sila refer sidebar sebelah ye untuk tengok charge penyewaan alat2 tersebut (maleh lerr pulak nak tulis banyak2 sini..)..

Tempahan nasi minyak pd 10hb Jun - saya tak tahu/lupa bertanya nama encik yg menempah ni sbb org tengah yang order..menempah sebanyak 2 gantang stgh (85 org)..bukan untuk majlis apa2...katanya hanya nak meraikan kawan2 anak2 aje..

Tempahan untuk majlis perkahwinan pd 11hb Jun - Pn Maziah beralamat di kg atas tol....menempah sebanyak 25 gantang (875 org @ rm220 se gantang tanpa sirap n buah) juga extra lauk sebanyak rm300 (60 org)..

- Cikgu Dah menempah 1 gantang (35 org)..katanya nasi tu untuk dibawa terus ke Kota Bharu, Kelantan..request dari mak dia...kalau tak silap ni kali ketiga dah nasi ni dibawa oleh Cikgu kita ni kesana..

- Kak Ida di gong kapas pun menempah sikit untuk makan2 kat rumah...dlm 15 org mkn gitu..buat pengetahuan semua, SFC hanya menerima tempahan nasi2 dengan minimum order untuk 30 org..untuk single order la ye...tapi untuk mcm harini kebetulan memang dah buat, SFC layan kan aje sapa2 nak slot in untuk makan sikit2 tu..

Tempahan untuk majlis perkahwinan (sambut menantu) pd 12hb Jun - Lia di kg laut.. menempah sebanyak 18 gantang @rm220 segantang (600 org tanpa sirap n buah)..

Tempahan untuk majlis perkahwinan (sambut menantu) pd 13hb Jun - Noreha di batu buruk... menempah sebanyak 8 gantang @rm 230 se gtg dengan extra lauk untuk seramai 60 org...juga menyewa peralatan2 menghidang..

-Hjh Maimun menempah on behalf untuk abang beliau di kuala ibai...nasi minyak ditempah untuk seramai 300 org makan @ 9 gantang @ rm 235..tanpa peralatan menghidang..

Tempahan nasi minyak pd 14hb Jun - sorry tak sempat bertanya nama tuan yang menempah ni..ex staff Socso kuala terengganu...untuk makan2 keluarga ..order seramai 30 org makan..

Okay..SFC sekali lagi mengucapkan terima kasih banyak2 atas tempahan di atas...semoga kita dapat berurusan lagi pada masa akan datang Insyallah..
.

Sunday, June 7, 2009

Katering Perkahwinan

untuk tempahan yg memerlukan sirap..air gula perlu dimasak dlm jangkamasa yang agak lama bagi mengelakkan sirap cepat menjadi masam..

bila air gula tadi dah masak sejuk kan sehari semalam...barula boleh diletak perisa ros (merah) dan simpan..untuk gambar diatas periuk ukuran 60cm..dan gula sebanyak 55kg..itu pun belum mencukupi untuk keperluan order sepanjang 2minggu cuti sekolah ni..perlu membuatnya lagi

sehari sebelum kenduri...peralatan yg disewa perlu dihantar terlebih dahulu.. balang sirap dihadapan..untuk seramai 1500 jemputan

ini pulak kuah acar rojak..pun SFC sediakan dalam kuantiti yg banyak.. timun, sengkuang dan nenas dipotong..siram aje ngan kuah ni n tabur kacang tanah (kisar kasar)..itu la acar SFC untuk nasi minyak, beriani, bukhari, tomato dll..

lagi peralatan2...



gambar di atas adalah sebahagian drpd trip2 nasi yg dihantar masa kenduri berlangsung...Okay SFC ingin mengucapkan berbanyak terima kasih bagi yang menempah nasi dan jugak kek2 sepanjang minggu pertama cuti sekolah ni..
tempahan katering perkahwinan 4hb Jun - Encik Yahya Said & Pn Latifah Othman beralamat di kg mak kemas, bukit payung..tempahan nasi minyak untuk tetamu seramai 1500 orang..nasi ditempah sebanyak 45 gantang @rm230 per gantang beserta dengan menyewa peralatan lain seperti bekas buffet 10 set..pingan 300bj..gelas 300bj..bekas bancuh air n cuci tangan 4bj..dan juga senduk2 14bj.. terima kasih byk2..semoga silaturahim berpanjangan..

tempahan katering perkahwinan 6hb Jun - Mok wok n pok awang di jalan ibrahim, bukit besar..tempahan nasi minyak dan sedikit nasi putih sebanyak 27 gantang.. juga menyewa peralatan2 seperti diatas..untuk tetamu seramai 800 org.. terima kasih byk2..

tempahan katering perkahwinan 6hb Jun - Ah Seng (tokey kedai tayar ) di kg durian burung..beliau dah jadi regular customer kami sejak 10 tahun yang lalu..tempahan sebanyak 3 gantang (lauk daging semua di tukar kepada ayam) dengan extra ayam sebanyak 10 ekor..ni hanyala untuk 100 tetamu @ staff @ kenalan melayu shj..sbb majlis yg besar diadakan di dewan cina pada kebiasaannya..

juga terima kasih untuk yg menempah kek2 sepanjang minggu pertama cuti sekolah ni..gambar2 kat bwh..

kak kasmani (penggubah hantaran kahwin)..untuk customer beliau..kek lapis pandan cadbury (rm75), kek lapis aiskrim vanila cokelat (rm60), kek lapis prune (rm55) dan kek lapis strawberry (rm55)

kek lapis chocberry (rm55)

Moist chocolate cake 1.5kg rm50...deco n wording rm15

chocolate cheesecake 1.5kg rm50..deco n wordings rm15

mini muffin - kukus...150biji untuk Lina..kak noreha 50biji

muffin cokelat kukus - saiz L rm1 ditempah sebanyak 500biji

Alhamdulillah ni adalah antara tempahan sepanjang minggu ni..SFC membz untuk sepanjang minggu kedua cuti sekolah pula...

Thursday, June 4, 2009

Apam Comel Meragam!!

Ujian Allah...ni ialah rupa apam comel yang dah tak layak dipanggil comel..mcm mana nak mulakan cerita ni...saya mendapat order apam comel ni sebanyak 500biji..seperti biasa saya adunkan sekali untuk menjimatkan masa...tapi yang mendukacitakan kali ni apam ni tak menjadi!!...tak merekah..tak mekar seperti selalu...6 adunan terpaksa saya tolak ke tepi.. saya adunkan lagi sebanyak 3 adunan...pun tak merekah...saya adunkan lagi 1 adunan..resultnya sama...saya dah abis pikir juga mana silap..tepung gandum pun saya dah tukar2 kot2 sebab musabab nya disitu..pun hampa..frust juga sbb customer mesti cakap tak serupa dalam blog kan..so kepada Jue n Kak Nor...saya mintak maaf banyak2 sbb tak dapat menghasilkan seperti sebelumnya..saya baru aje lepas cakap dengan kak nor..kot2 kalau tak puas hati boleh pulangkan balik apam tu..saya cuma bimbang perception org terhadap SFC..kak nor cakap okay tak apa.. terima kasih banyak2 k nor...juga buat Jue...sebelum dtg ambik apam pun saya dah inform rupa apam tu..jue kata no problem..sekali lagi saya minta maaf kepada yg terlibat..

Mulai sekarang SFC akan menutup tempahan untuk apam comel ini..harap maklum..tq..

Sunday, May 31, 2009

TQ

Okay apam comel ni diorder oleh Jue..100 biji dengan harga RM15..iaitu minimum order untuk menempah apam comel ni....TQ jue...

Juga SFC ucapkan terima kasih byk2 untuk En Mansur di pasir panjang yang telah menempah nasi minyak sebanyak 7 gantang = 250 org makan...(makan Tengahari) dan juga Hj Yung di chendering yang menempah nasi putih sebanyak 4 gantang =120 org untuk majlis tahlil arwah pada sebelah malamnya... tq byk2 semoga kita akan berurusan lagi insyallah.

Friday, May 29, 2009

Doorgift - Mini Apam

doorgift terbaru SFC - mini apam 10biji/ paket RM1.50
harga boleh runding bagi tempahan 500 paket ke atas

Giliran apam pulak diminikan...ini sample untuk doorfigft..ada 10biji kat dalam.. sesuai untuk banyak majlis ni...bergantung pd citarasa dan bajet masing2 la ye.. kalau berminat calling2 la...tq

Kek Lapis Chocberry

Kek lapis chocberry ni dibeli oleh farin semalam..pagi dia sms, lepas asar datang ambik... harga sebijik RM55 seberat 1.2kg....berperisa horlicks , chocolate n strawberry..semua kek lapis keluaran SFC boleh dicourier kan kemana2 saje kawasan liputan Poslaju (pos malaysia)....tambahan RM15 bagi penghantaran luar Terengganu dan RM12 bagi dalam Terengganu..untuk tempahan..hubungi saya Shita 019-9876422.

Wednesday, May 27, 2009

Moist Chocolate Cake..

Moist chocolate cake yang biasa saya jual ialah seberat 700gm dan berharga RM25.. tapi ini telah diminta supaya double kan kek tu jadikan sebiji..so ni la rupanya..beratnya 1.5kg...RM50...order dari sis in law saya ..untuk jamuan sempena sambutan hari guru di sekolah beliau...iaitu SK Seberang Marang.. juga menempah nasi minyak untuk seramai lebih kurang 80 org makan...apa pun TQ cik nor!!!.. brownies pun ditempah gak...tgk entry bwh...

Original Brownies

Ini original brownies...harganya cuma RM12 sebekas..tapi minimum order kena 2 bekas ye...tapi kalau kebetulan dah ada order dr org lain...boleh ler nak mencelah sebekas pun..ini pun untuk sambutan hari guru SK Seberang Marang..TQ teacher nur azilam..(my SIL)

Sunday, May 24, 2009

Ibu Nasi

antara bahan2 utama yg mesti ada utk mula2 menumis ibu nasi ialah daun pandan, cengkih, pelaga hijau, kayu manis, bunga lawang dan bawang besar..

tengah menumis bhn2 diatas tadi...minyak sapi dan minyak masak mesti dicampurkan sekali..(ini versi SFC..mungkin sama atau tak sama dengan yg lain ye )

ni la rupanya Ibu Nasi...kaler pun dah bertukar lepas di campur dengan bahan2 yang lain..ok baca detail kat bawah..

Kali ni saya nak kongsikan satu teknik penyediaan nasi minyak, beriani, bukhari, tomato, pilaf dan beberpa nasi yg sekonsep dgn nya dengan cepat.. namanya IBU NASI..mungkin ada yang tak penah dengar...dan mungkin juga ada yg dah biasa dengan teknik ni atau namanya aje lain...tak kisah la yer..org meniaga biasa gunakan teknik ni.. Ibu Nasi ialah rangkuman bahan2 utama dalam penyedian nasi2 tersebut..Pic atas sekali - Bahan2 yang perlu untuk menumis.. minyak masak + minyak sapi...bawang besar (mayang halus)..daun pandan, pelaga hijau atau putih, bunga lawang , cengkih n kayu manis...tumis sampai la bawang kekuning kuningan.. Pic tengah - bahan2 tadi sedang ditumis...masa ni bau yang keluar memang harum.... Pic bwh sekali - setelah kuning bawang tu...masuk kan halia (blend)...susu cair...tomato sos..gula dan garam.. itu aje.. gambar atas tu saya sediakan utk nasi sebyk 300 org makan..saiz periuk 32cm.. bila nak masak nasi minyak contohnya ye...saya cuma perlukan ibu nasi mengikut sukatan SFC... masuk kan beras(basuh n toskan)...air...n marjerin skit..n rasa kalau perlu tambah gula or garam...itu saje...jimat masa kan..Ibu nasi boleh disimpan sampai 2minggu..insyallah tak rosak...
apa pun saya hanya berkongsi teknik yang saya gunakan shj..mungkin org lain mempunyai teknik mereka yang tersendiri kan atau yg lebih mudah..saya tumpang gembira kalau2 teknik dan info ini dapat membantu sesiapa yang membaca entry ni..

Apple n Cinnamon Muffin


Apple n Cinnamon Muffins...sebenarnya ni saje2 bereksperimen dengan resepi..resepi yang dah lama sgt2 saya simpan...dr tahun 2006...zaman mula2 kemaruk attend kelas baking..TQ kak fieza (Fieza House of Baking)..ampang, kl...dia la cikgu baking saya yang pertama.. ni buat saje2 untuk makan2 je....

TQ jugak untuk en abdilah @ cik lah (lauwongyeoKT-audit firm)..sbb beli mini muffin kukus petang tadi...sori cik lah weyy...gambo yelekk...

Friday, May 22, 2009

TQ

Tempahan nasi minyak hari ini untuk seramai lebih kurang 315org..2 tuan yang menempah...dr Losong dan juga Pengadang Baru..pic ni saya ambik sambil2 menunggu diorang datang ambik nasi2 ni...alhamdulillah sbb depa semua rela hati untuk dtg ambik sendiri..otherwise SFC kena deliver..semua nya nak makan lepas solat jumaat..tq

Bawang Goreng

bawang merah yg baru lepas dimayang..

tengah digoreng..lepas dimayang bawang mesti terus digoreng untuk mengelakkan bawang menjadi rosak (masuk angin)..

dah siap digoreng..

Okay entry kali ni juz saje2 nak share gambar n cerita pasal bawang goreng.. sesetengah tukang masak..ada yang mementingkan dan ada yang tak begitu mementingkan peranan bawang goreng ni..tapi bagi SFC..bawang goreng ni adalah satu element yang wajib ada dalam sesetengah masakan..terutamanya untuk lauk nasi minyak..stok bawang goreng mesti dipastikan tidak akan putus dalam simpanan..SFC tidak menggunakan bawang goreng (ready made) yg byk didapati di pasaran..setakat ini kami memproses nya sendiri (oleh pembantu2 setia)...

Muffin Size

3 beradik...dr kiri mini (25sec)..middle medium size (80sen)..last large size (RM1).. boleh refer last entry (doorgift) boleh tgk packingnya sekali..

SFC ada menerima pertanyaan tentang saiz muffin cokelat kukus tu...okay kat atas saya dah terangkan size n harganya..