Kami menyediakan perkhidmatan katering di sekitar Kuala Terengganu utk semua majlis dan juga membekalkan pelbagai jenis makanan lain termasuk kek2 yg semestinya sedap2 semuanya. Kami juga menerima tempahan kek luar dari Terengganu. Semua orang boleh menikmatinya. Terkini, Shita Food And Catering juga mula mengajurkan kelas....Nantikan info2 terbaru berkaitan modul kelas.

Sunday, January 31, 2010

Cheese Cake @ SFC


Cheesecake
saya suka kalau base nya dari sponge cake berbanding digestive biscuits
citarasa masing2
walaupun ambik masa skit la nak buat base dr sponge cake ni
Gambar atas : base yang dah siap


Cheese Mixture
buat 2 adunan sekali


tgh bakar
selalu nak kena jengah...takut crack!!
tapi....


...dlm2 duk jengah pon menyempat lg pecah...
sbb banyak angin
biasanya sebelum masuk oven, sy akan godek2 dgn pisau atau lidi satay dlm adunan nak bg angin2 yg terperangkap tu keluar
agaknya yg itu tak cukup godek!!


Boston Cheese Cake
(atas je pecah skit..tepi maintain)


Orange Cheese Cake


rupa kat dalam!


a slice of .......


Strawberry Cheese Cake
ekperimen
sbb nya base kat bawah tu saya guna 'kek lapis chocberry'
nampak cam pelik rupa..tp rasa blh laa



view dalam
idok lerr teruk sgt ye rupa dia


Boston Cheese Cake
Di tempah oleh Tadika Nurul Iman.
t/kasih byk2

Kepada penggemar keju!
Kalau teringin kek2 keju di atas...call2 la saya utk order ye
kalau boleh inform saya satu, dua hari earlier..
mana tau...kot2 tgh sebok nge nasi2.


Kek Lapis Cokelat


Kek2 lapis yang baru siap
Lapis Prune
Lapis Cokelat

Kek Lapis Cokelat
7" x 7"
1.2kg - 1.3kg
dilapisi dengan chocolate rice

Tempahan dari Tadika Nurul Iman
tq

Nasi Minyak - Tadika Nurul Iman


Nasi minyak yg baru masak..belum ceduk lg..


Nasi yg dah siap transfer masuk Bocong!
sini ganu kalu sebut bocong ramai yg tau...luar sana panggil apa???
tempahan utk 100 org
sempena majlis perjumpaan dgn ibu bapa


Gulai Daging
kaler asal sebenarnya gelap sikit...tah nape la kali ni bila ambik gambo gulai ni jadi cerah semacam
terlebih flash ke hape!
tah la labuuu...


Ayam Merah

Acar Rojak
tepi duk sandor tu kuah acar..sambal belacan n bawang goreng (tabur sndr no!)

t/kasih byk2.


Saturday, January 30, 2010

Chocolate Tart


Chocolate Tart
mini size only
rm35 - 50pcs
Filling : strawberry, orange n blueberry (anda boleh minta)
Topping : Cream Cheese


L size
rm1.50 each
min order : 20pcs

salam untuk penggemar cokelat
sesiapa nak order blh call saya , shita 019-9876422


Wednesday, January 27, 2010

Urgent!!!! Peralatan Bakeri Utk Dijual..........segera...!!!!


Sahabat baik saya , iaitu tuan punya D'hanna Bakery n Cafe akan menutup operasi
perniagaan beliau kerana akan mengikut suami berhijrah ke Qatar. Oleh kerana itu
di sini ada peralatan2 bakeri yang akan dijual pada harga istimewa.
pada sapa2 yang berminat boleh berhubung dengan beliau sendiri secepat mungkin

Hana Yasmeen 012-9838920
Kg Gong Datuk
nearby KUSZA

antara barang2 nya ialah :

Multi Purpose Mixer 20Liter -Brand Berjaya
(gambar atas)


Oven 2 Deck - 2 tray blh masuk setiap deck - Brand Berjaya
menggunakan gas


Dough Devider
memudahkan kerja / jimat masa


Oven 1 Deck - 2 trays
menggunakan letrik


Proofer
proses pemeraman roti menjadi lebih mudah n cepat


Working Table - Stainless Steel
berbaloi ada


Wafer Maker


Meja Roti Canai


Chiller - 3 doors - Brand Berjaya


Display Rack ( 8 units )


Wall Gondola


Island Gondola


Meja Cashier

Cash Register - Brand Sharp

So, pada anda semua jika berminat...atau ada kenkawan , kaum keluarga yg ingin mendapatkan barang2 di atas boleh segera menghubungi
Hana Yasmeen 012-9838920
barang2 di atas masih dalam keadaan elok kerana belum sampai setahun pun
lagi perniagaan ini berjalan

Juga tidak ketinggalan pelbagai saiz loyang2 yg menjadi keperluan anda yg berada dalam bidang bakeri ini, baik yang sepenuh masa, separuh masa, yg ada kedai atau jugak yg base dekat rumah!!!

sebarang pertanyaan mengenai harga, lokasi dll boleh terus
berhubung dengan beliau.
saya hanya membantu me uar - uar kan kpd anda semua.

CEPAT!!!


Tuesday, January 26, 2010

Kek Lapis Pandan Cadbury


kek lapis pandan cadbury 1.5kg (+-) rm75
di tempah oleh Fiza (Uni. M'sia Trg)
Di minta potong 2 kek tu..satu utk present kwn (hijau coklat tema nya)
dan satu lagi utk dia sendiri makan (kotak merah)

transfer masuk kotak


ready


ini pula dari faisal
kotak merah (kek lapis prune)
kotak hijau ( kek lapis strawberry)


sesuai untuk dijadikan buah tangan @ hadiah

info:
hanya rm35 sekotak
(terdiri dari separuh kek lapis + riben)
anda blh minta riben kaler apa2 pun sesuai dgn tema
dan
anda boleh minta apa2 saje jenis kek lapis yg SFC ada KECUALI
kek lapis cadbury & kek lapis pandan cadbury rm40.

NANTIKAN PROMOSI 'HALF IN DA BOX' INI PD BLN SETERUSNYA!!!



Monday, January 25, 2010

Kerja2 Belakang Tabir................


selalu sgt tgk gambo nasi2...kali ni kita tgk keje belakang pulak
ini untuk order kahwin 23hb yg lepas di Medan Jaya, Marang
gambo atas:
penyedian nasi...bila large order..nasi kena masak guna dapur kayu
cepat n jimat masa
Alhamdulillah walaupun laluan masuk ke SFC ni teramat2 sempit
(bg sapa2 yg penah dtg rmh ambik nasi / kek je tahu camner sempit nya nak ke rmh saya ni..tp kami masih ada work space..masak in between of our both house)
alhamdulillah
periuk kat atas can accomodate for 500org makan utk sekali masak..
nampak kecik ye dlm gambar dan ada org tak caya..
boleh request buat lawatan tapak time kita masak hihihi..


periuk kena lumur dengan sabun debu dulu sebelum mula masak
sbb karang nak basuh senang...siram je air hilang la hitam2 tu
tak caya...boleh cuba
kami masak atas lantai simen...yg dah beberapa kali (tak terkira) kena touch up
wap panas naik...simen kdg2 burstttt!!!
tgk api tu...so sapa2 nak rasa original sauna ke steam bath ke...mai laa..


view belakang rmh 1
konfem laa sepah ooo...tgh keje pe..
lupa saya nak ambik gambo masa tgh clear..nanti la neh


abg mezoh tgh basuh puyuk!
tgk la luar periuk kan dah cerah balik...siram air je n gosok2..
dlm kena sental la weyy


view tepi rumah 2
kawasan keje
stok kayu api kami simpan kat blkg rmh 2....ada masa nanti saya tunjuk..


Kerak Nasi!!!!
time masak guna kayu api je la blh jumpa kerak nasi ni..sapa2 tak penah cuba..
blh la kalu nak rasa..tp kena mkn time panas2 laa..siram nge kuah gulai daging tu...bg banjir..mkn nge daging fresh panas2..settt..maknanya kena mai rmh
time masak...sbb kalu dah sejuk kerak ni....
hmmm...takde makne nya mkn!!!


ayam merah ready
utk 700 org mkn


trip pertama


trip pertama
plus pisang


gulai daging tgh tunggu trip kedua
lepak atas troli dulu


ayam merah n acar tgh tggu trip kedua

itu la serba sedikit view bila time kami masak.. order utk 300org ke bwh ada kala masak dlm rmh guna gas je

terima kasih byk2 buat yg menempah dengan SFC..ni ialah edisi borong update..

1. 21/1 - Asmadi lawyer - nasi beriani 120org

2. 23/1 - Pok Ali - nasi minyak 700 org - majlis kahwin

3. 24/1 - Sek Keb Tengku Bariah - nasi beriani 40 org

tqvm.